2-3 hari lepas vacum yang aku beli 10 tahun lepas dah pun sampai ajalnya selepas digunakan secara lasak, bukan saja nak vacum carpet tapi jugak untuk bersih dalam kereta, kalau malas nak sapu lantai pakai penyapu vacum ni le yang digasak. Memang padan pun rosak, lagipun bag duster untuk model ni dah pupus susah nak cari lagi. Sebelum mengesahkan kematian vacum ni aku cek dulu fius plug nya, pastu aku bukak cover tempat letak pam vacum cuba direct power pulak.
31 Januari 2010
19 Januari 2010
2 in 1 Ripple Tank
Aku nak kongsi sikit pasal tangki riak...tapi jangan riak sangat nak tunjuk pandai, takut nanti amal tak berkat. huhu... Gambo kat atas tu adalah pemasangan untuk penggunaan tangki riak, pakai kertas putih kat bawah tu boleh, nak pakai skrin putih kat dinding pasang OHP pun boleh. Jadi, kalau nak buat tunjuk cara boleh guna dua-dua kaedah. Misalnya kalau pakai skrin putih kat depan tak berapa jelas, jadi tak perlu tunggu lama nak pasang baru. Off je OHP dan terus On lampu kat tangki riak tu.
14 Januari 2010
Invisible Rainy
Cerita bukan sebarang cerita, tapi cerita pasal keselamatan semasa memandu di jalan raya ketika hujan lebat. Aku pernah tumpang kereta orang, bila dipandu dalam hujan. Fuhh...berkabus, air hujan macam disimbah je kat depan cermin. Tak nampak jalan kat depan. Aku tertanya-tanya dalam hati, macamana la dia ni boleh bersabar memandu dalam keadaan macam tu. Kalau kereta tu ada radar macam boeing tak pa jugak. Ni terpinga-pinga nak tengok depan tak nampak sangat...blurr je. Silap hari bulan masuk parit.
09 Januari 2010
Top 10 MyIdeas
"Belia bermula dengan remaja di sekolah yang membentuk sahsiah mereka. Peranan dan penglibatan pelajar ini perlu dibentuk dengan bimbingan dan arahan pendidik. Aktiviti di sekolah bukan saja kokurikulum malah aktiviti seperti perhimpunan, majlis graduasi, sukan tahunan dan sebagainya perlu penglibatan pelajar secara maksimum untuk membentuk semangat komuniti dan bekerjasama dalam satu organisasi. Sekolah bukan tempat untuk lulus periksa saja. Sistem dimerit perlu diperkasakan bagi menghargai nilai murni."
Langgan:
Catatan (Atom)