SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

06 Oktober 2011

LDP 1 : Kerja Sampingan

Kerja Sampingan

Bulan lepas ade la satu kursus yang dipanggil Latihan Dalam Perkhidmatan diberikan. Aku sebenarnya suka kalau kursus-kursus camni diadakan selalu apatah lagi kalau melibatkan kerja-kerja kursus yang melibatkan pembentangan umum. Agak lama jugak aku tak ikut sesi pembentangan dalam kursus-kursus, kali terakhir aku jadi pembentang masa kursus induksi 1999 kalau tak silap. Lepas tu ade la sikit-sikit jadi pembentang biasa-biasa je dalam meeting, dalam taklimat, dalam slot minggu orientasi. Slaid diatas merupakan hasil pembentangan yang kumpulan aku buat dan dibentangkan oleh aku sendiri. Kalau nak simpan je rugi la pulak, letih-letih je buat takkan nak diperam je lepas pembentangan. Baik kongsi kepada umum. Betol dak... :)

05 Oktober 2011

Cover Majalah JERUNAI 2011


Tidak seperti tahun lepas yang agak kelam kabut sebab tak dimaklumkan awal-awal sehingga mengakibatkan hasil cover yang tak berapa nak cantik, tahun ni agak bersedia sikit-sikit mana tau last minit diarah buat cover walaupun pada awalnya dibagitau pelajar yang akan buat. Entah kenapa pelajar tak dapat buat, mungkin sebab pelajar sekarang kurang cerdik sehingga menyebabkan sana sini kedengaran masalah sosial dan disiplin yang mereka buat hal kat sekolah dan di luar sekolah. Ni la bahananya kesan dari tersalah didik oleh internet dan cerita-cerita dalam tv yang semakin hari semakin menjadi-jadi kandungan yang merosakkan akhlak generasi muda. Kita lupakan dulu masalah dunia ni. Tumpukan pada matlamat utama artikel ni.

Teratak Singgah SMK Dalat


Teratak Singgah...? Merupakan sebuah projek Usahawan Muda sekolah dalam bidang hospitality atau perkhidmatan penginapan dalam sekolah. Kenapa Teratak Singgah...? Di pekan Dalat perkhidmatan hotel atau rumah tumpangan sangat terhad dan yang ada pun mungkin lebih mahal dari harga yang ditawarkan diatas. Apa-apa pun aku tak nak lah mengulas panjang berkenaan projek ni sebab aku bukanlah pegawai yang bertanggungjawab dalam pemasaran atau pengiklanan. Apa yang nak aku ulas ialah papan tanda di atas.

Kejohanan Olahraga MSS Mukah


Penyertaan peringkat yang agak tinggi jugak dalam tahun ni untuk bahagian dalam buat cover buku program. Temanya kenalah ikut sebagai penganjur kena ada bercirikan tempatan dan semestinya ada ikon-ikon acara olahraga. Penganjurnya Daerah Dalat jadi latarbelakangnya perlu ada sesuatu yang melambangkan daerah. Jadi, aku ambiklah tempat menarik yang ada kat Dalat iaitu taman Poket yang terletak di tengah-tengah bulatan di tepi sungai batang oya. Taman yang menjadi tarikan kepada pelawat-pelawat yang berkunjung di pekan Dalat.

Kad Raya SMK Dalat 2011



Lama dah tak updated blog, nampaknya banyak jugak produktiviti baru yang aku hasilkan selama tak berapa nak aktif sangat nak jenguk dashboard blog ni. Bukan ape pun, tengah kumpul bahan dan sibuk dengan kerja dan produktiviti.  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin