05 Oktober 2011
Teratak Singgah SMK Dalat
Teratak Singgah...? Merupakan sebuah projek Usahawan Muda sekolah dalam bidang hospitality atau perkhidmatan penginapan dalam sekolah. Kenapa Teratak Singgah...? Di pekan Dalat perkhidmatan hotel atau rumah tumpangan sangat terhad dan yang ada pun mungkin lebih mahal dari harga yang ditawarkan diatas. Apa-apa pun aku tak nak lah mengulas panjang berkenaan projek ni sebab aku bukanlah pegawai yang bertanggungjawab dalam pemasaran atau pengiklanan. Apa yang nak aku ulas ialah papan tanda di atas.
Beginilah rupanya bos besar projek ni, aku hanya tukang buat je. Kalau ade sapa-sapa yang berminat nak buat tempahan signboard sepertimana contoh diatas bolehlah hubungi saya. Hehehehe... Seperti artikel sebelum ni bawah tajuk Kedai Dobi, cara membuatnya sama saja. Dalam sehari je boleh siap. Signboard seperti ini boleh juga dibuat untuk rumah dan alamatnya sekali. Contohlah kalau nak buat nama rumah Aston Villa, maka pampanglah kat depan pagar luar rumah ke sebagai petunjuk untuk kawan-kawan, sedara mara yang nak datang singgah rumah. Jadi, bila tengok signboard nama rumah Aston Villa maka kat situlah tempat yang nak dituju.
Akhir sekali, saya paparkan brosur iklan untuk tempahan penginapan di Teratak Singgah dalam blog ini. Sewa bulanan bagi iklan ini sebanyak RM20 saja, koperasi boleh buat bayaran iklan terus masuk akaun. Hehehehe... gurau je. Takpa la, iklan je lah...free of charge, tapi aku janganlah dilupakan. Jangan jadi kacang lupakan kulit sudah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan