SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

05 Oktober 2011

Kejohanan Olahraga MSS Mukah


Penyertaan peringkat yang agak tinggi jugak dalam tahun ni untuk bahagian dalam buat cover buku program. Temanya kenalah ikut sebagai penganjur kena ada bercirikan tempatan dan semestinya ada ikon-ikon acara olahraga. Penganjurnya Daerah Dalat jadi latarbelakangnya perlu ada sesuatu yang melambangkan daerah. Jadi, aku ambiklah tempat menarik yang ada kat Dalat iaitu taman Poket yang terletak di tengah-tengah bulatan di tepi sungai batang oya. Taman yang menjadi tarikan kepada pelawat-pelawat yang berkunjung di pekan Dalat.

Kebanyakan idea muncul bila ada sesuatu cover yang aku nak buat mesti tidak lari dari konsep. Konsepnya adalah tajuk program tersebut dan perkaitan yang nak digambarkan depan cover tu. Berapa lama aku dapat buat, bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Kalau ada internet dan laptop sendiri yang lengkap dengan perisian yang canggih manggih maka dari pagi sampai ke tengahari pun dapat buat. Sesetengah orang bila benda ni ditolak pada dia untuk suruh buat dah pening kepala buat, bukan sebab banyak kerja lain nak buat tapi tak tau macamana nak buat. Kalau aku disuruh buat, boleh...  benda simple je tapi janganlah pulak semua perkara nak serah kat aku sorang, bagi-bagi la tugas. Takkan nak susun dan edar pun aku jugak, yang lain nak buat apa...hehehehe. Jangan mara, adillah ke atas diriku ini. Jangan ambik kesempatan no, nanti aku baran baru tau...keturunan aku memang ada baran sikit tapi aku ni jenis tahan sabar sikit. hehehe...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin