SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

06 Oktober 2011

LDP 1 : Kerja Sampingan

Kerja Sampingan

Bulan lepas ade la satu kursus yang dipanggil Latihan Dalam Perkhidmatan diberikan. Aku sebenarnya suka kalau kursus-kursus camni diadakan selalu apatah lagi kalau melibatkan kerja-kerja kursus yang melibatkan pembentangan umum. Agak lama jugak aku tak ikut sesi pembentangan dalam kursus-kursus, kali terakhir aku jadi pembentang masa kursus induksi 1999 kalau tak silap. Lepas tu ade la sikit-sikit jadi pembentang biasa-biasa je dalam meeting, dalam taklimat, dalam slot minggu orientasi. Slaid diatas merupakan hasil pembentangan yang kumpulan aku buat dan dibentangkan oleh aku sendiri. Kalau nak simpan je rugi la pulak, letih-letih je buat takkan nak diperam je lepas pembentangan. Baik kongsi kepada umum. Betol dak... :)

Tahun depan akan bermula kaedah penilaian prestasi kerja diberi nama PROSPEK, bukan je dinilai dari apa yang dibuat dalam kerja tapi juga penglibatan dalam kursus-kursus yang dianjurkan untuk memantapkan lagi pengetahuan berkaitan bidang kerja. Rasanya ade tak sesi-sesi pembentangan? Kalau ada, kemungkinan untuk jadi pembentang hasil kajiselidik tetap ada. Baguslah kalau PROSPEK dilaksanakan sebab penilaian sebelum ni kurang berkesan. Kita dah lakukan apa yang terbaik untuk unit tempat berkhidmat, seperti menyediakan borang, buku pesanan, khidmat bantuan membersih dan mengemas. Malah kita cuba perbaiki sistem pengurusan dengan memperkenal kaedah teknologi ICT untuk rekod stok. Penilai tak pandang pun sangat pun. Masih juga benda yang sama dibuat tiap tahun takda ulasan tentang apa yang dah kita buat.

Apa yang kita buat ni sekadar nak mudahkan kerja kita sendiri je, suka-suka nak memperbaiki cara kerja dari cara manual kepada autopilot. Takda pun idea atau pengalaman kerja kita ni disuruh dibentangkan macam dalam kursus. Contohnya, dalam kursus untuk PROSPEK tu nanti ada soalan macamana nak perbaiki mutu kerja dan meningkatkan kecekapan tahap kerja mengikut bidang masing-masing? Jadi, buatlah kertas kerja tentang sistem access dan bentangkan kepada peserta-peserta kursus dari kategori jawatan yang sama. Jadi, semua boleh dapat ilmu dan manfaat dari idea atau perkongsian pengalaman tersebut.

Memang betul dah ada panduan dalam pekeliling tatacara itu tatacara ini untuk kita ikut dan buat, tapi yang berbeza adalah pengamalan kerja dan cara bekerja setiap jabatan atau pegawai itu tak sama. Inilah yang perlu didedahkan dalam kursus-kursus untuk meningkatkan prestasi kerja pegawai dan jabatan kat tempat lain.

Jadi, sebenarnya apa yang aku ulaskan ni memang takda kaitan dengan tajuk slaidshow diatas. Apa yang aku nak jelaskan ialah kursus-kursus dan sesi pembentangan untuk perkongsian pengalaman dan idea perlu dibuat dengan lebih kerap sebab dengan cara ini saja kita boleh tau apa yang orang lain dah buat dan fikirkan. Masing-masing ada kelebihan dan kongsikanlah dalam sesi pembentangan supaya boleh jadi tauladan atau panduan kepada yang lain.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin