SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

11 Mac 2012

Anggota C.E.R.T Dalat

Community Emergency Response Team
Dunia kini telah menunjukkan tanda-tanda akhirnya disana sini namun bencana yang datang tidak boleh dielak. Menjadi mangsa bukanlah pilihan namun sekiranya terpaksa menjadi mangsa langkah-langkah perlu seharusnya diketahui dan kemahirannya perlulah dipelajari, dipraktik dan dilatih sentiasa. Supaya kelak dapatlah menyelamatkan diri dan melaksanakan langkah bersiap siaga. Memerangi bencana bukanlah seperti memerangi manusia yang menjadi musuh. Bencana boleh datang dengan tiba-tiba tanpa mengira masa dan tak memilih siapa. Berbanding manusia yang akan memilih siapa musuhnya sekiranya ada kepentingan, ada sasaran yang akan menguntungkannya.

Selalu kita dengar untuk mengubah keadaan perlu bermula dengan diri sendiri dan untuk menyelamatkan keadaan orang lain yang gagal mengubah keadaannya memerlukan mereka yang sudah ada asas dan latihan menyelamat. Maka itulah, langkah terbaik untuk mengubah keadaan adalah dengan menyertai kursus asas dan latihan kecemasan. Ini melibatkan teknikal dan kemahiran untuk mempraktikkannya dari semasa ke semasa. Malang tidak berbau, dalam bekerja mungkin malapetaka akan menimpa, dalam kita pergi ke mana-mana pun mungkin malapetaka juga akan menjelma. Sama ada ia menimpa kita ataupun orang lain. Apabila ia menimpa kita mungkin kita boleh selamatkan diri, jika ia menimpa orang lain mungkin mereka tidak dapat selamatkan diri kerana tiada asas pengetahuan dan menjadi tanggungjawab kita pula untuk menyelamatkan mereka.

Walau apapun, dunia akhir zaman ini tidak dapat dielakkan dan kalau kita sembunyikan diri dalam rumah sekalipun kita tak akan dapat selamat. Seeloknya kita perlu ada asas pengetahuan dan kemahiran supaya kita dapat responsif terhadap situasi yang berlaku untuk mencegah bencana dari berlaku, dan jika berlaku dapat bertindak untuk menyelamatkan keadaan dan diri. Justeru itu, satu transformasi perlu dilakukan untuk melangkah setapak lagi bagi menguji ketahanan, kecekapan dan kebijaksanaan menyelesaikan masalah kritikal dalam hidup.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin