SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

05 Oktober 2011

Cover Majalah JERUNAI 2011


Tidak seperti tahun lepas yang agak kelam kabut sebab tak dimaklumkan awal-awal sehingga mengakibatkan hasil cover yang tak berapa nak cantik, tahun ni agak bersedia sikit-sikit mana tau last minit diarah buat cover walaupun pada awalnya dibagitau pelajar yang akan buat. Entah kenapa pelajar tak dapat buat, mungkin sebab pelajar sekarang kurang cerdik sehingga menyebabkan sana sini kedengaran masalah sosial dan disiplin yang mereka buat hal kat sekolah dan di luar sekolah. Ni la bahananya kesan dari tersalah didik oleh internet dan cerita-cerita dalam tv yang semakin hari semakin menjadi-jadi kandungan yang merosakkan akhlak generasi muda. Kita lupakan dulu masalah dunia ni. Tumpukan pada matlamat utama artikel ni.

Tema majalah tahun ni GAGAH MELANGKAH. Seperti yang aku katakan sebelum ni, kalau aku nak buat cover kena sesuai dengan temanya dan ciri-ciri tajuk utama cover tersebut iaitu JERUNAI. Apa benda itu Jerunai? Yang belum mengenali daerah Dalat tak akan kenal apa itu jerunai. Jerunai ialah sebuah keranda yang diperbuat daripada batang kayu yang tahan lama dan ditebuk dalam kayu tersebut untuk dijadikan tempat persemadian orang-orang kenamaan kaum melanau zaman dulu-dulu. Jerunai ini akan dipacakkan atas tanah dan dibiarkan kering. Itulah asal usulnya jerunai melanau.

Jadi, kalau nak buat cover majalah Jerunai kenalah ada ciri-ciri Jerunai dan antara cirinya ialah corak yang digunakan untuk mengukir bahagian luaran jerunai tersebut. Oleh itu, tradisi majalah pada era 80-an dan 90-an perlu diteruskan dengan menjadikan ciri-ciri jerunai dan coraknya sebagai trademark majalah yang tidak boleh ditinggalkan. Jika sebelum ini cover yang aku buat takda ciri-ciri ini disebabkan oleh cover majalah sebelumnya, penyakit ini nampaknya berjangkit. Sebelum penyakit ini merebak baik aku cegah awal-awal dan mulakan balik trademark dengan cara yang baru. Hasilnya, seperti yang korang nampak kat atas. Nampak tak watermark corak jerunai yang menghiasi belakang gambar-gambar kat depannya. Corak ni diambik dari kayu Jerunai yang terkenal menjadi bahan pameran di Kuching, Sarawak.

Gagah Melangkah.... kalau nak melangkah jangan alang-alang. Biar sampai ke angkasa lepas. Tapi jangan la pula melangkah main hentam je. Orang suruh makan taik, dimakannya jugak...kan ke bongok namanya tu. Heheheh.... kalau nak melangkah jauh kenalah belajar, jangan bila disuruh belajar, pergi kacau pompuan kat sekolah. Cakap cikgu tak nak dengar. Baik tak payah pergi sekolah, baik sapu kutip sampah tolong masyarakat jaga kebersihan pekan dan kampung daripada menjadi sampah masyarakat. Sebab tu orang suruh sekolah supaya dapat Gagah Melangkah dengan lebih jauh lagi.

Jadi, simbolik kepada Gagah Melangkah ialah belajar tinggi-tinggi baca buku, bukak laman buku jangan laman facebook je nak dibukak. Baca buku bukan untuk sekolah dan belajar kat U je, baca buku untuk jadi orang pandai dan cerdik. Makin banyak buku yang dibaca maka makin banyak ilmu yang diperoleh. Jangan baca buku nak lulus periksa je, nak dapat kerja elok-elok. Ada jugak yang tak sekolah tinggi mana tapi sebab rajin baca buku dia Gagah Melangkah ke hadapan untuk berdikari tanpa mengharap subsidi dan bonus dari kerajaan. Tengok kat cover diatas, hasil dari baca buku yang dibuka lampirannya, bukannya disimpan jadi pameran kat rak buku maka boleh jadi macam angkasawan. Dia bukan saja Gagah Melangkah kat muka bumi je, dia mampu Gagah Melangkah atas angkasa lepas jugak dengan ilmu yang ada.

Akhir kata, dapatkan keluaran Jerunai 2011 yang akan menyajikan aktiviti-aktiviti tahunan sekolah sepanjang tahun 2011. Aku merupakan AJK Grafik seumur hidup untuk majalah sekolah....perlukan satu transformasi baru untuk setiap cover majalah Jerunai yang akan datang... :)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin