SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

10 Ogos 2008

Majalah Waras Mulia 1996


Nasib baik majalah ini masih lagi dalam simpanan saya setelah 12 tahun berlalu dan kini ia akan diabadikan dalam blog ini sebagai satu karya seni yang pernah saya hasilkan. Grafik ini telah memenangi johan bagi pertandingan merekabentuk kulit majalah sekolah SMK Rosli Dhoby pada tahun 1996. Kemudian saya dilantik sebagai AJK majalah untuk terus memberi sumbangan bagi rekabentuk grafik dalaman majalah. Hasilnya adalah seperti dibawah ini.

Terima kasih kepada Cikgu Beatrice Wee yang telah memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk memegang amanah sebagai pereka grafik bagi majalah sekolah SMK Rosli Dhoby pada tahun berkenaan.

Konsep grafik saya adalah menghimpunkan segala idea dalam satu wadah, maka itulah dalam kebanyakan lukisan saya kerap muncul grafik yang pelbagai dalam satu lukisan. Bagi orang seni, mereka boleh faham bahawa gambaran ini mencerminkan bahawa seseorang itu dalam pemikirannya sentiasa mempunyai banyak idea untuk diluah dan dilaksanakan.

07 Ogos 2008

Cover Majalah Jerunai





Ini adalah kulit majalah Jerunai yang saya tolong buat untuk sekolah bermula dari tahun 1999, 2000, 2004 dan 2006. Ada peningkatan dari segi cara penghasilan, pada mulanya hanya dengan lukisan tangan kemudian tampalan, selepas itu menggunakan publisher dan akhir sekali menggunakan photoshop.

04 Ogos 2008

Hand Made Signboard Potret


Saya akan cuba siapkan dua contoh lakaran signboard di atas untuk dihiaskan di dalam makmal. Kedua-dua tokoh Islam ini Ibnu Sina dan Al-Farabi cukup terkenal dalam bidang sains, kimia dan perubatan. Dengan melihat lakaran wajah ini pada dinding makmal, akan memperingati pelajar supaya mengenali tokoh-tokoh sains Islam di samping tokoh-tokoh sains barat yang akan saya buat kemudian.

Hasilnya adalah seperti gambar foto dibawah.


01 Ogos 2008

Hand Made Jadual Waktu Penggunaan


Mula-mula dahulu sebelum signboard jadual ini dibuat, tiap-tiap tahun kena buat jadual menggunakan kad manila. Membuat jadual jadi bermasalah apabila ia kerap kali berubah-ubah. Oleh kerana itu, semasa masih menggunakan kad manila dulu jadual hanya dicatat dengan pensel supaya mudah untuk menukar jadual sekiranya ada perubahan.

Saya cuba membuat pembaharuan dalam membuat jadual untuk setiap tahun. Saya buat satu signboard, dalam row untuk hari berkenaan dibahagikan kepada setiap makmal, dalam setiap colum dibahagikan masa peralihan waktu penggunaan mengikut warna yang berbeza yang menunjukkan waktu. Hijau untuk waktu pagi, pink untuk waktu tengahari dan biru untuk waktu petang.

Sehingga kini, signboard itu terus digunakan dan lebih mudah untuk menulis dengan marker dan memadamnya dengan alkohol. Sekali pandang para guru akan nampak jelas secara keseluruhan penggunaan setiap makmal pada setiap hari yang berlainan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin