SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

09 November 2010

Design Cover MPSH 2010

Kulit Depan Buku Program Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2010

Untuk kulit depan kali ni saya telah pun merangkanya sejak awal tahun lagi, kerana peranan ini sememangnya akan diserahkan kepada saya. Konsep kali ini memaparkan latarbelakang sekolah dengan aktiviti dan himpunan pelajar.

 

Hasilnya seperti gambar kat atas tu, orang kata kalau nak buat versi warna kulit yang seperti kat atas tu hanya beberapa keping je, yang banyaknya untuk hitam putih. Kalau nak rhisograph yang akan jadi masalah. Penyelesaiannya convertlah kepada hitam putih. Tapi kalau nak convert bukanlah dengan cara biasa kita buat pakai aplikasi grafik dengan hanya terus convert je. Tapi guna photoshop, kenalah edit-edit sikit supaya gambar latarbelakangnya nampak menonjol atau ada rupa. Kalau tidak buat macam tu, akan nampak macam lembaga hitam je. Jadi, bila editing yang betul, dot-dot atau titik-titik yang muncul akan menimbulkan sudut-sudut yang nampak jelas walaupun gambar hitam putih untuk rhisograph.
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin