SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

06 Februari 2011

Lukisan Pelan


Kalau nak buat rumah atau ruang dalaman rumah perlu ada gambaran ilustrasi barulah nampak jelas, menjadi lebih mudah bagi tukang untuk membina sepertimana yang dikehendaki. Selain membuat ilustrasi grafik gabungan, kemahiran membuat pelan lukisan tangan juga antara karya yang diceburi. Jelaskan saja bagaimana rekabentuk konsep yang dikehendaki, maka lakarannya boleh dilukis tangan.

Namun begitu, dengan teknologi ICT sekarang apa yang diketahui terdapat perisian yang boleh membuat pelan secara grafik komputer. Mungkin selepas ini boleh mempelajari bagaimana hendak menggunakannya.


Ilustrasi diatas merupakan antara lakaran lukisan pelan yang dikehendaki oleh seseorang selepas dijelaskan secara kasar bagaimana rekabentuk yang dikehendakinya. Lakaran pelan dapur yang hendak diubahsuai, jadi disini ada dua lakaran lukisan untuk cadangan kemudian disampaikan kepada tukang binaan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin