SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

31 Julai 2008

Hand Made Peta Kawasan


Peta ini bersaiz lebih kurang setengah saiz papan lapis. Dibuat pada tahun 2003 dan sampai sekarang masih jelas dan elok. Agak rumit untuk membuatnya kerana perlu banyak warna dan perkataan untuk petunjuknya sangat kecil dengan huruf saiz 16. Untuk perkataan saya tidak mengukirnya tapi menggunakan teknik lekapan kertas yang telah diprint, dipotong dan dilekap pada belakang signboard.

Bila belakang signboard itu telah ditutup dengan papan lapis maka kertas itu akan melekap rapat. Masalah tidak mendatang masalah tetapi masalah itulah yang akan menyelesaikan masalah dan akhirnya saya berjaya dalam cubaan pertama membuat signboard peta.

30 Julai 2008

Hand Made Signboard Sri Andalas


Signboard di atas adalah untuk kelas Katering dan Sajian di SMK Dalat. Saiznya agak besar lebih kurang 2 meter panjang. Dibuat pada tahun 2005 atas permintaan pengetua pada masa itu sempena majlis Perasmian Restoran Sri Andalas SMK Dalat yang baru saja disiapkan bagi keperluan kelas baru dalam bidang Katering.


Hand Made Visi dan Misi Sekolah


Signboard di atas adalah misi dan visi, lagu sekolah dan ikrar pelajar SMK Dalat. Ia berukuran kira-kira 50cm X 100cm, ia dibuat pada tahun 2006. Pada tahun 2004 saya juga telah membuat 2 set signboard misi dan misi sekolah tetapi setelah ianya bertukar maka signboard di atas dibuat menggantikannya.

Signboard lama itu telah hilang dan musnah, dari segi corak bingkainya signboard lama lebih menarik dan tidak bersegi empat seperti ketiga-tiga signboard di atas. Walaupun misi dan visi sekolah sudah berubah adalah lebih baik ia disimpan sebagai arkib sejarah sekolah untuk tatapan pelajar-pelajar akan datang.

Hand Made Tag Nama


Tag nama juga merupakan signboard tetapi ia lebih kecil dengan ukuran standard 2.5cm X 7.5cm. Walaupun tag ini bukan standard yang digunapakai oleh kakitangan kerajaan namun ia lebih baik dari tidak memakai langsung sama ada belum ada tag nama atau terlupa nak pakai. Dengan membuat sendiri tag nama sebegini, boleh dibuat berapa banyak yang suka supaya boleh juga ditinggalkan di pejabat sekiranya terlupa menggunakannya dari rumah.

Hand Made Bendera SMK Dalat


Saya suka mencuba sesuatu yang baru, justeru saya cuba membuat bendera sekolah. Walaupun bendera itu sebenarnya boleh ditempah dikedai dan biarkan mesin pencetak yang buat namun saya dengan rela hati menolong untuk membuat bendera sekolah. Ini sesuatu yang baru bagi saya. Ia dibuat dengan lukisan tangan dan mewarna dengan Pelaka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin