SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

16 Januari 2011

Banner Visi & Misi SMK Dalat


Ilustrasi banner ini juga dibuat sempena Pameran Sehati Senada di Mukah pada November 2010. Ada antara grafik dalam banner ini sudah pun dibuat terlebih dahulu, dan sememangnya inilah peranan sesebuah banner untuk pameran bagi menyatakan bahan-bahan yang akan dipamerkan. Disebabkan ada 2 jenis banner yang berbeza perlu disiapkan dalam masa 2 hari maka hasilnya taklah begitu memuaskan, sekadar menarik mata memandang dari jarak yang jauh.

Gambar-gambar yang terdapat di dalam banner ini ada antaranya tidak saya postkan dalam blog ini walaupun ia adalah antara hasil kreativiti peribadi. Ini adalah bagi memelihara sifatnya yang terhad dan hanya boleh dilihat dengan pergi sendiri ke pusat-pusat pameran yang akan datang. Ini kerana pada masa depan pasti ada lagi penganjuran pameran-pameran setempat dan atas sebab inilah maka usaha-usaha untuk menghasilkan bahan-bahan kreativiti seni perlu diteruskan dan dipersiapkan dengan lebih awal.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin