SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

16 Januari 2011

Kad Raya SMK Dalat 2010


Setiap kali Aidilfitri bakal menjelma, maka pelbagai pihak akan mengirimkan kad-kad hari raya kepada pihak sekolah, sehinggakan sekolah rendah dari hulu pun mampu menghulurkan kad raya yang mempunyai pengenalan sekolah masing-masing (bermaksud bukan dibeli di kedai tapi buat sendiri).

Oleh sebab itulah, pada tahun 2010 tak semena-mena pada saat akhir seminggu sebelum raya ada cadangan untuk membuat kad raya sekolah sendiri untuk membalas balik kiriman pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, saya tak ada idea sangat dan main tangkap muat je, maka terhasillah seperti di atas yang hanya memacakkan nama sekolah, logo dan sedikit latarbelakang bangunan. Pada gambar tersebut, kesan keratan yang tak sempurna pun masih jelas kelihatan.

Itu untuk tahun 2010, bagi tahun 2011 ni awal-awal dah siap untuk menyenarai pendekkan tugasan yang sedang menunggu. Kali ini tidak main tangkap muat lagi dan semuanya berjalan lancar. Kad raya 2011 ni kelak selepas raya akan di postkan ke dalam blog ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin