SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

09 Mei 2011

Blog Warga Emas 999

 
Art is my work, karya seni adalah kerja saya. Apabila anda minat dengan sesuatu perkara, maka anda tidak akan peduli dengan cabaran dan halangannya. Anda tetap juga hendak melakukan atau mendapatkan apa yang anda minati itu. Begitu juga saya, selama ini saya berminat dengan sesuatu yang baru yang memudahkan kerja dan kehidupan saya. Saya cuba untuk mempermudahkan apa yang susah dan apa yang dianggap mustahil oleh orang lain.

Justeru itu, bidang baru yang menjadi karya seni saya adalah simpanan emas, pelaburan emas dan perniagaan emas. 3 dalam 1 sebagai usaha untuk menjana pendapatan ke tahap yang lebih tinggi melebihi 25% setahun. Saya mempunyai kemahiran berkarya seni menulis artikel dalam blog, kenapa saya tidak memanfaatkannya untuk membuat ulasan tentang apa yang saya tahu atau apa yang saya pelajari. Jika di artmywork.co.cc saya berkongsi tentang bagaimana saya mencipta nilai dalam pekerjaan saya, iaitu tidak sekadar bekerja makan gaji turun pukul 8 pagi balik pukul 5 petang, cukup 9 jam balik kerja. Saya mencipta nilai diri dengan memberi pekerjaan lain lebih dari apa yang diharapkan.

Namun, akibat birokrasi dan kekangan kewangan majikan atau kerajaan yang sukar diramalkan mungkin apa yang saya sumbangkan itu tidak dianggap bernilai. Mungkin ia menjadi sia-sia dan disebabkan masalah inilah ramai yang bekerja cukup 9 jam turun kerja balik kerja, buat kerja ikut senarai tugas tidak lebih dari itu. Tidak mengapa, saya buat lebih kerana minat, art is my work.

Menyedari akan masalah diluar kawalan ini yang membabitkan sumber pendapatan bulanan, saya cuba mencari sesuatu sumber pendapatan yang saya boleh kawalselia dengan sendiri. Pendapatan ini dipanggil sebagai pendapatan pasif iaitu pendapatan sampingan yang berpotensi untuk diperoleh. Menerusi kajian penyelidikan, pembacaan, pencarian ilmu dan memahami statistik-statistik maka saya memilih EMAS sebagai platform untuk menjana pendapatan pasif. Pendapatan 3 dalam 1, sebagai penyimpan, pelabur dan peniaga. Masing-masing tetap menjana pendapatan mengikut kadar tertentu bergantung kepada usaha, kemampuan kewangan dan keupayaan kemahiran.

Anda boleh ke www.reyannagold999.co.cc bagi mengenali atau membaca ulasan lanjut tentang hobi baru saya ini. Saya memberi lebih nilai kepada apa yang saya tulis dalam blog dengan harapan mampu menjana pendapatan selain menerima gaji setiap bulan yang mungkin tak seberapa lantaran kos hidup semakin hari semakin melonjak tinggi berbanding kadar kenaikan gaji tahunan. Apa yang boleh saya buat hanya dengan bekerja sebagai sokongan, lebihan sumbangan saya terlalu subjektif dan sukar untuk dinilai. Lebih baik saya beralih kepada usaha untuk menumpukan sesuatu yang lebih bernilai iaitu EMAS sebagai sumber pendapatan yang mampu menjana pulangan sehingga 25% setahun dan jika dilabur dan diniaga pulangannya lebih daripada itu.

Walaubagaimanapun, 9 jam waktu bekerja saya tetap di pejabat dan saya tetap bekerja seperti biasa dan menerusikan lebihan nilai kerja saya kerana ini adalah art my works. Ia satu hobi dalam bekerja, berminat untuk mencari pendekatan baru dalam memantapkan lagi pekerjaan. Namun, selepas 9 jam saya tambah nilai waktu bekerja saya dengan bekerja di alam maya, bekerja membaca dan mencari ilmu baru tentang emas supaya saya dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran bagaimana menjadi penyimpan emas yang bagus, menjadi pelabur emas yang handal dan menjadi peniaga emas yang berkemahiran tinggi. Semuanya saya sampaikan di blog warga emas 999.

Sekiranya anda pelawat setia blog ini, kunjungi juga blog www.reyannagold999.co.cc untuk mengetahui hobi baru saya berkaitan dengan emas. Ia sesuatu yang amat menyeronokkan jika anda dapat menguasai pemahaman dan kemahiran bagaimana menyimpan, melabur dan berniaga emas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin