SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

30 Mei 2011

Logo Pengawas Perpustakaan


Saya bertanya, bagaimana konsep logo dikehendaki? Jawapannya hanya perlu ada buku sebagai lambang perpustakaan sebagai tempat membaca dan mencedok ilmu. Jadi saya cuba cari inspirasi menggunakan internet, kalau nak tiru 100% nanti rahsia pecah kerana meniru. Justeru saya cuma menginovasi logo yang ada, mengambil konsep sebuah buku yang mengeluarkan pelbagai maklumat dari isi kandungannya, maka simbol 'i' digunakan.

Bagi menghasilkan huruf-huruf yang lain daripada yang lain, hanya perlu rajin mencari jenis-jenis font dari internet, download dan save ke dalam folder font komputer anda. Maka hasilnya adalah seperti gambar diatas. Kenapa warna buku merah, kuning dan hijau adalah kerana ia warna asas lencana sekolah. Kenapa ada bintang di atas 'i' kerana dengan menguasai maklumat yang diperolehi dari pembacaan buku di perpustakaan sekolah bakal melahirkan 'bintang-bintang' masa depan. Mungkin ada bintang sukan atau bintang hiburan, atau bintang dalam kepimpinan ataupun bintang dalam bidang-bidang yang lain.

Pada asasnya, tanpa perkataan pengawas ia adalah logo perpustakaan sekolah. Namun, bagi kegunaan lencana pengawas perpustakaan sekolah hanya perlu tambah perkataan 'Pengawas' sahaja. Dengan perkataan 'SMK Dalat' yang bergerak sepintas lalu melambangkan perpustakaan mampu menjana kecemerlangan sekolah.

Tahukah anda, berapa lama saya menghasilkan logo ini, sebelum ditambah perkataan 'Pengawas' saya cuma mengambil masa 30 minit sahaja. Kerana dengan CoralDraw saya dapat melenggang lenggokkan garisan membentuk simbol dan objek. Manakala dengan Photoshop saya dapat menghasilkan kesan khas pada setiap layer objek berkenaan. Malahan untuk mengirim logo ini kepada 'Pelanggan'nya hanya menggunakan Facebook. Betapa cekap dan berkesannya tugasan apabila ada teknologi maklumat, dimana-mana sahaja tugasan berteraskan maklumat boleh dibuat dan dihantar jika kita tau bagaimana menggunakannya dengan baik dan berkesan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin