Aku nak kongsi beberapa keunikan yang mungkin korang belum tengok lagi...iaitu bunga kaktus, mangga giant dan buah naga kenit. Bunga kaktus ni bukan main besar macam tapak sulaiman tapi pokok kaktusnya kecik je.
Yang ni pulak mangga giant, berat sebiji lebih dari sekilo. Mangga ni aku dapat dari seberang kampung, jarang sekali orang tanam pokok mangga ni tapi bila dijual harganya boleh tahan jugak sampai RM18 sekilo. Manisnya boleh tahan jugak tapi tak le semanis mangga harum manis.
Biasanya kalau kita beli buah naga warna kulitnya pink dan saiznya sebesar mangkuk....ayun. Tapi buah naga yang ni kulitnya warna kuning dan saiznya cuma sebesar sudu untuk kita makan nasik. Kalau nak makan isinya kena le korek pakai sudu. Memang unik dan pelik bagi yang tak pernah tengok...termasuk aku le tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan