![]() |
| Sebelum Diwarnakan, lakaran dibuat terlebih dahulu |
Memaparkan catatan dengan label Kreativiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kreativiti. Papar semua catatan
31 Mei 2011
Signboard Kedai Dobi PUM SMKD
06 Februari 2011
Lukisan Pelan
Kalau nak buat rumah atau ruang dalaman rumah perlu ada gambaran ilustrasi barulah nampak jelas, menjadi lebih mudah bagi tukang untuk membina sepertimana yang dikehendaki. Selain membuat ilustrasi grafik gabungan, kemahiran membuat pelan lukisan tangan juga antara karya yang diceburi. Jelaskan saja bagaimana rekabentuk konsep yang dikehendaki, maka lakarannya boleh dilukis tangan.
31 Januari 2011
Projek CoralX03
Bermula dengan lakaran di kertas, kemudian mencari bahan media yang sesuai dan hasilnya untuk projek CoralX03. Ilustrasi yang sudah ada pelanggannya. Diharap konsep ini dapat memenuhi kehendak tema. Ulasan lanjut akan dibuat kemudian.
23 Januari 2011
Projek CoralX02
Gubahan ilustrasi menggunakan CoralDraw dan Coral PhotoPaint. Disebelah pintu masuk didirikan tiang Jerunai dan background adalah corak pada tiang Jerunai itu sendiri dengan ubahsuai kesan khas warnanya.
19 Januari 2011
Projek CoralX01
Lakaran di atas adalah lukisan tangan yang original kemudian garisannya ditonjolkan, seterusnya di imbas menggunakan scanner untuk editing. Lakaran dibuat terlebih dahulu untuk proses editing seterusnya.
18 Januari 2011
Corel Photo Paint X5 Test
Saja nak test software baru, berbanding adobe Photoshop Corel Photo Paint X5 ni lebih advance. Baru belajar nak guna. Gambar ni cut n paste kemudian edit effect, nak ubah sudut pandangan laptop pun boleh yang asalnya pandang dari tepi dan diubah sudutnya supaya nampak lebih lebar. Ini baru saja Photo Paint, belum lagi Corel Draw Graphic Suite X5 lagi la payah sikit sebab nak hasilkan satu ilustrasi lukisan digital (bukan lukisan tangan walaupun pada asalnya lakaran menggunakan tangan)
17 Januari 2011
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53
Ilustrasi kulit depan untuk buku program Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 peringkat sekolah. Latarbelakangnya membangkitkan nostalgia Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA", dan di depannya pulak gambar foto yang menang pertandingan foto 1Malaysia anjuran Perdana Menteri tahun 2010. Baru merdeka biasanya budak-budak ni excited sangat, sebab ni majlis perasmian untuk aktiviti hari kemerdekaan sehingga 24 September maka gambar budak-budak ni la diambil.
Cover Majalah JERUNAI 2010
Bagi tahun 2010, tugasan merekabentuk cover majalah kembali semula. Bersempena tahun ke 30 penerbitan majalah Jerunai maka kesemua cover majalah Jerunai terdahulu dihimpunkan dan disusun menjadi bentuk nombor 30. Berlatarbelakangkan bangunan pentadbiran yang dicat baru. Bagi yang tahu keadaan sebenar bangunan-bangunan lain pasti tahu kenapa tidak begitu banyak gambar bangunan yang menarik untuk dipaparkan.
16 Januari 2011
Kad Raya SMK Dalat 2010
Setiap kali Aidilfitri bakal menjelma, maka pelbagai pihak akan mengirimkan kad-kad hari raya kepada pihak sekolah, sehinggakan sekolah rendah dari hulu pun mampu menghulurkan kad raya yang mempunyai pengenalan sekolah masing-masing (bermaksud bukan dibeli di kedai tapi buat sendiri).
Banner Visi & Misi SMK Dalat
Ilustrasi banner ini juga dibuat sempena Pameran Sehati Senada di Mukah pada November 2010. Ada antara grafik dalam banner ini sudah pun dibuat terlebih dahulu, dan sememangnya inilah peranan sesebuah banner untuk pameran bagi menyatakan bahan-bahan yang akan dipamerkan. Disebabkan ada 2 jenis banner yang berbeza perlu disiapkan dalam masa 2 hari maka hasilnya taklah begitu memuaskan, sekadar menarik mata memandang dari jarak yang jauh.
Banner Panorama SMK Dalat
Ilustrasi banner ini dibuat sempena Pameran Sehati Senada di Mukah pada November 2010 yang lepas, masih menggunakan Photoshop CS3. Walau bagaimanapun mulai tahun 2011 akan mula menggunakan Adobe Photoshop CS5 yang lebih "up to date" dan sedang berusaha untuk menggunakan CorelDraw X5.
09 November 2010
Design Cover MPSH 2010
Kulit Depan Buku Program Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2010
Untuk kulit depan kali ni saya telah pun merangkanya sejak awal tahun lagi, kerana peranan ini sememangnya akan diserahkan kepada saya. Konsep kali ini memaparkan latarbelakang sekolah dengan aktiviti dan himpunan pelajar.
12 Disember 2009
Banner Blog 2010
Kalau nak maju kita kena berubah...itulah yang orang selalu kata. Tahun baru 2010 pun dah tak lama lagi jd kalau nak berubah takyah le tunggu tahun baru nak buat azam baru, azam lama pun lom tercapai 100%. Pasal apa aku guna tema Berkarya adalah Bekerja...sebabnya nak tutup mulut orang yang kata kita orang ni tak buat kerja.Oleh itu, berkarya juga adalah bekerja dan bekerja perlu untuk kita menghasilkan karya supaya tak lah nanti orang kata cakap je banyak kerja tak buat kerja.
23 Oktober 2009
Cover Majalah JERUNAI 2009
Rekabentuk cover majalah Jerunai tahun 2009, ia diubahsuai dari rekabentuk original yang tak berapa menarik dan kemas dibuat oleh pelajar. Warnanya memang hitam putih sebab itu konsep yang ditetapkan oleh editorial. Kerja saya cuma buat je mengikut permintaan walaupun kat luar sana tu ada jugak suara-suara sumbang yang tak berapa setuju ngan rekabentuk grafik tersebut.
.
13 Oktober 2009
Design Cover MPSH 2009
Prinsip saya kalau buat buku program MPSH tak boleh bikin cincai-cincai, maklumat dalam tu kena lengkap dan tepat. Ejaan murid dan ibu bapa kena betul, kalau ada bin atau binti tu tuliskan. Jangan taruh nama pelajar tu saja. MPSH ni satu majlis yang besar dan sangat bermakna bagi pelajar dan ibu bapa sebagaimana sesiapa yang belajar kat U tu bila nak terima ijazah kena pakai jubah ngan topi segi 4 baru la ada feel, ibu bapa pun bangga.Buku program ni yang tengok nanti ibu bapa jugak, pengacara majlis pun bila sebut nama pelajar tentu le rujuk buku program jugak. Tak elok kalau nama pelajar tak disebut betul dan penuh dengan nama bapa sekali. Perkara ni walaupun nampak macam remeh tapi mempunyai pengertian yang sangat besar. Cara nilah untuk kita menghargai orang lain walaupun orang tu mungkin tak hargai kita
Jadi, setiap aspek dalam buku program tu kena ambil kira. Dari design cover, jumlah muka surat dan susunan. Kalau pasal design tentu la orang nak tengok yang nampak menarik. Ada jugak yang kata buat simple je, simple ni bergantung pada seseorang. Ada yang mungkin tak berapa tau nak buat dia buat simple je. Tapi ada yang tau buat lebih dari yang simple namun yang dibuat simple pun orang lain akan kata sofistikated sangat, tapi baginya tak berapa susah sangat pun cuma orang lain tengok macam susah sangat. Majlis ni majlis serius dan gilang gemilang kenalah buat design yang cantik sikit, yang ada maknanya. Jumlah muka surat mana yang dapat dipadatkan, manfaatkan setiap ruang kosong dengan susunan yang teratur.
Secara umumnya, MPSH adalah satu majlis rasmi tahunan yang sangat penting bagi setiap sekolah kerana ia satu upacara untuk meraikan pencapaian seluruh warga sekolah. Ia sepatutnya tak boleh buat tangkap muat. Secara khususnya pula untuk bahagian buku program ni saya sentiasa cuba buat yang terbaik. Kalau bahagian lain tak begitu lancar sekurang-kurangnya bahagian saya dapat cover line untuk kekurangan yang berlaku pada bahagian tersebut. Itu pun kalau dapat cover line. Wallahu'alam.
11 Oktober 2009
Kad Jemputan Perkahwinan

Sekarang ni nak dekat hujung tahun ramai pasangan yang nak kawin kena buat kad jemputan bagi menunjukkan yang majlis mereka tu adalah rasmi. Kalau nak jemput pakai mulut boleh juga tapi kan lebih baik pakai kad jemputan, lebih sopan orang tua-tua kata sebab majlis kawin tu bukan majlis sebarangan.
Dalam memilih kad jemputan pulak ada yang tempah dari kedai atau sekarang ni pun boleh pesan melalui internet Bermacam-macam reka bentuk dan warna ada sesuai dengan citarasa atau tema majlis perkahwinan pasangan tersebut. Kalau yang nak bajet murah pun boleh, kenalah rekabentuk sendiri dan cetak kad kedai photostat.
Kalau buat sendiri tu kenalah kemas dan menarik sikit, supaya nanti biarpun kosnya murah tapi kualiti dari segi aspek rekabentuk grafik tetap diutamakan. Ada antara rekabentuk grafiknya berterabur, gambarnya pulak tak berapa sesuai bahkan ada yang sepatutnya satu kertas tu boleh buat 2 keping. Alang-alang berjimat biarlah betul-betul jimat supaya kos yang lebih tu nanti boleh beli buah tangan banyak sikit untuk tetamu yang datang.
02 Julai 2009
Cover Brosure SMIM
Pengenalan
Bagi menambahbaik kaedah penyampaian maklumat inventori, Unit Makmal Sains mengambil langkah proaktif untuk membangunkan Sistem Maklumat Inventori Makmal (SMIM). SMIM diperkenalkan bagi memudahkan pengurusan maklumat-maklumat inventori tertentu yang merupakan sebahagian daripada alat bantu mengajar (ABM) sains.
SMIM mempunyai beberapa ciri yang mudah guna dengan panel menu utama yang jelas dan ringkas. SMIM akan diupgrade dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan pertambahan inventori untuk peralatan baru.
17 Jun 2009
Cover Brosure Makmal Sains 2010
Muka Hadapan Brosure
Banyak badan-badan dan agensi-agensi tertentu telah menggunakan brosure untuk memperkenalkan kewujudan dan perkhidmatan mereka kepada orang awam. Ini merupakan salah satu daripada sistem penyampaian maklumat berkenaan sesuatu badan dan agensi kepada masyarakat awam.Penggunaan brosure amat penting walaupun unit makmal sains hanya bersifat dalaman sekolah sahaja dan hanya dikenali oleh pelajar dan guru sahaja. Tapi persoalannya sejauh manakah para pelajar terutama guru mengenali unit makmal sains. Adakah unit ini sekadar membantu guru-guru sains sahaja sedangkan hakikatnya pengurusan makmal adalah dibawah kawal selia kakitangan makmal sains.
Maka itulah, unit makmal sains cuba memperkenalkan penyampaian maklumat menerusi brosure ini yang akan memperkenalkan serba sedikit tentang latarbelakang unit makmal sains, perkhidmatan dan kemudahan yang ada, sistem-sistem yang digunapakai dalam pengurusan serta tatacara mencari peralatan atau inventori serta prosedur-prosedur lain misalnya merekod buku peralatan pecah, penggunaan printer dan pesanan radas dan bahan untuk eksperimen.
05 Jun 2009
Signboard Simbol Bahaya Bahan Kimia
Simbol-simbol Amaran Bahan Kimia Berbahaya
Tempat Paparan yang Mudah Diperhatikan
17 Mei 2009
Logo Dalat Social Network 2
Hak Cipta Terpelihara



Logo sebenarnya mempunyai banyak kategori. Antaranya logo organisasi dan logo produk. Logo organisasi seperti logo lencana sekolah, logo persatuan, logo unit berpasukan dan sebagainya. Manakala logo produk seperti jenama Levis, Nike, Nestle, Astro, RTM dan banyak lagi. Apabila orang melihat logo jenama tersebut maka orang akan kenal produknya.
Ada dikalangan orang tidak suka kepada penerangan yang panjang lebar tentang sesuatu ciri-ciri logo itu maka penyampaian maklumat tersebut dianggap sebagai hanya membuang masa dan tak perlulah dijelaskan panjang lebar atau buat logo yang sangat kompleks. Bagi logo kategori organisasi sememangnya memerlukan penjelasan yang terang, manakala logo produk cukup sekadar menunjukkan ia adalah trade mark kepada produk tersebut.
Kalau dicontohkan dengan teknologi, USA, Jepun dan Jerman antara negara yang kalangan penciptanya adalah berfikiran kritikal dan kompleks sehingga mereka mampu mencipta teknologi yang lebih canggih dalam bidang masing-masing.
USA misalnya, dari segi teknologi ketenteraan lihat saja sistem persenjataan mereka sangat kompleks tetapi simple misalnya pesawat tanpa pemandu, peluru tomahawk panduan GPS. Jepun dan Jerman dari segi kenderaan dan elektronik. Siapa tak kenal Toyota atau Honda atau Mercedes atau Porsche atau Nokia atau Philips atau Sony. Semua itu adalah teknologi yang nampak simple tapi kompleks.
Logo Dalat Social Network
Langgan:
Catatan (Atom)











