Aku nak kongsi beberapa keunikan yang mungkin korang belum tengok lagi...iaitu bunga kaktus, mangga giant dan buah naga kenit. Bunga kaktus ni bukan main besar macam tapak sulaiman tapi pokok kaktusnya kecik je.
Memaparkan catatan dengan label Seni Alam Semulajadi. Papar semua catatan

13 Disember 2009
Bunga Kaktus, Mangga Giant dan Naga Kenit
Aku nak kongsi beberapa keunikan yang mungkin korang belum tengok lagi...iaitu bunga kaktus, mangga giant dan buah naga kenit. Bunga kaktus ni bukan main besar macam tapak sulaiman tapi pokok kaktusnya kecik je.01 November 2009
Taman Mini Kaktus
09 Jun 2009
Tunggul Kayu atau Burung?
Sekali pandang nampak macam tunggul kayu je
Pada mulanya bila dikatakan ada seekor burung pada puncak pohon kayu yang dipotong, memang tidak percaya. Kerana tidak nampak pun kelibat seperti seekor burung. Apabila diperhatikan betul-betul barulah nampak mana matanya, mana paruhnya dan mana pula pelepah sayapnya. Sekali pandang memang tidak nampak seperti burung lantaran warna bulu dan coraknya sama seperti batang kayu dimana ia hinggap. Apatah lagi bila burung tersebut mendongak ke atas seolah-olah puncak pohon kayu yang telah dipotong rata itu kelihatan seperti dipotong sendeng 45 darjah.2 kali pandang baru la nampak macam burung
Apabila diperhatikan pula dari sudut lain barulah jelas akan rupanya yang sebenar dengan adanya paruh, mata dan sayapnya. Dari apa yang saya perhatikan apabila burung ini sedar dan cuba nak melepaskan diri, ia adalah sejenis burung helang tidak pasti spesis apa. Mungkin sesiapa yang terbaca post ini dan berpengetahuan mengenai spesis-spesis burung boleh reply untuk menjelaskan spesis sebenar burung berkenaan.Memang agak pelik juga rupanya, burung ini tidak akan bergerak bila ada ancaman di sekelilingnya. Dengan kelebihan warna dan bentuknya, burung ini menggunakan teknik penyamaran dan tidak akan bergerak bagi memastikan kehadirannya disitu tidak disedari. Apabila pengancamnya mendekati semakin hampir, kepalanya yang mendongak ke atas tadi akan perlahan-lahan menoleh dan matanya juga akan terbuka liar. Bilamana rasa terancam ia akan terbang melarikan diri tetapi tidak lama selepas itu ia akan kembali. Begitulah seterusnya. Tempat itu telah menjadi habitatnya semenjak hampir sebulan yang lalu.
Warna dan corak batang kayu sama dengan warna dan corak bulu burung
06 Jun 2009
Cili Api & Bunga ala Morning Glory
27 November 2008
Cuti Ke Sabah Disember 2008
28 Julai 2008
Selamat Datang...!!
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Akhirnya idea untuk menghasilkan sebuah blog yang akan memaparkan segala hasil usaha saya telah berhasil. Selama ini memang banyak kerja seni yang telah saya hasilkan, ada yang masih lagi wujud dan ada yang telah musnah dan hilang. Justeru itu, saya mengambil inisiatif membuat blog ini sebagai satu wadah perkongsian tentang hasil seni saya agar ia tidak hilang begitu saja.
Dengan harapan agar masyarakat setempat dan seantero dunia yang melayari internet dapat mengenali saya serta mempertemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan untuk menghubungi saya semula. Sebagaimana yang sahabat-sahabat saya mengenali saya, dunia seni ini sememangnya masih lagi menjadi hobi saya sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun bidang kerja saya bukan berkaitan dengan seni namun dunia hari telah menyaksikan bahawa seni adalah satu bidang yang berpotensi untuk diperkembang melalui internet.
Bekerjalah dengan penuh kesenian yang tersendiri, jangan bekerja semata-mata hendak makan gaji atau kerja cincai saja kerana pekerjaan kita adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial membantu masyarakat. Dengan Sign Board dan Banner saja misalnya boleh membantu ramai orang kerana ia adalah petunjuk yang memudahkan mereka mendapat maklumat yang memberitahu tentang sesuatu yang berguna.
Secara asasnya, tiada siapa pun yang mahu susah dalam melakukan pekerjaannya. Sesiapa yang merasakan kesusahan dalam bekerja sebenarnya bukan kerja itu yang susah tapi diri sendiri yang mahu bekerja dengan cara yang menyusahkan diri sendiri. Akhirnya merungut dan putus asa menyalahkan orang lain.
Kita perhatikan bagaimana bangsa Amerika dan Jepun menjadi maju, mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan mencipta sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan. Biar mereka bersusah payah berusaha dan berfikir asalkan mereka akhirnya dapat melaksanakan kerja mereka seterusnya dengan mudah menggunakan inovasi baru dan teknologi canggih. Adakah hari ini kita masih bekerja dengan menggunakan mesin taip yang sangat menyusahkan jika berlaku kesilapan ejaan. Itulah yang dinamakan skil bekerja dan kemahiran yang melahirkan idea untuk memudahkan kerja.
Saya akan himpunkan hasil-hasil kerja seni yang pernah dibuat. Ia juga sebenarnya turut membantu saya menilai hasil kerja saya untuk memperbaiki lagi kualiti hasil seni yang saya hasilkan pada masa akan datang.
Salam Perkenalan.

Langgan:
Catatan (Atom)