SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Memaparkan catatan dengan label Teknik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknik. Papar semua catatan

19 Januari 2011

Projek CoralX01

Lakaran di atas adalah lukisan tangan yang original kemudian garisannya ditonjolkan, seterusnya di imbas menggunakan scanner untuk editing. Lakaran dibuat terlebih dahulu untuk proses editing seterusnya.

18 Januari 2011

Corel Photo Paint X5 Test


Saja nak test software baru, berbanding adobe Photoshop Corel Photo Paint X5 ni lebih advance. Baru belajar nak guna. Gambar ni cut n paste kemudian edit effect, nak ubah sudut pandangan laptop pun boleh yang asalnya pandang dari tepi dan diubah sudutnya supaya nampak lebih lebar. Ini baru saja Photo Paint, belum lagi Corel Draw Graphic Suite X5 lagi la payah sikit sebab nak hasilkan satu ilustrasi lukisan digital (bukan lukisan tangan walaupun pada asalnya lakaran menggunakan tangan)

28 November 2010

Editing Foto Kamera DSC

Apabila melihat gambar-gambar orang lain yang pakai kamera DSLR, nampak menarik je. Tapi bila sendiri ambik gambar pakai kamera digital biasa pulak tu...nampak hodoh je walaupun sudut gambar tu diambik dah nampak cun. Hodoh yang dimaksudkan ialah kabur, warna malap, tumpuan gambar kurang menonjol. Jadi, bagaimana nak jadikan gambar yang hodoh tu nampak lebih menarik dan menonjol?

13 Disember 2009

Pelangi di Tengahari

Hari tu kebetulan tengah cuci kereta masa panas terik tengahari guna air pancut ala-ala hujan renyai-renyai. Kita selalunya bila tengok pelangi hanya semasa hujan renyai-renyai dengan cahaya matahari masih memancar di langit. Tapi kali ni pelangi boleh dibuat untuk eksperimen budak-budak kat sekolah dengan teknik yang tak disengajakan seperti di atas. Pancutan air renyai-renyai tu kalau dibagi kuat lagi, lagi terang warna pelangi tu dan bayang-bayang kedua kat sebelah atas tu akan lebih cerah.

02 Mei 2009

Editing Kartun Majalah

 Dalam proses menghasilkan kartun yang baik perlulah mengambil kira kesemua aspek, bukan sekadar tema, tauldan dan lukisan kartun itu sendiri malahan dari segi susun atur dan ayat dialognya. Bagi sebuah majalah sekolah, sungguhpun keaslian karya itu diambilkira jangan pula mengabaikan kualiti penghasilannya. Keasliannya merupakan hasil karya pelajar sendiri namun untuk menerbitkannya dengan kualiti terbaik perlulah diubahsuai selagi tidak menjejaskan keasliannya.

Apa yang dimaksudkan disini ialah jangan terus scan dan cetak ke dalam majalah sepertimana skrip asal yang diberikan seperti gambarajah di atas. Setiap AJK majalah sekolah ada cara tersendiri untuk memastikan penerbitan yang kemas dan berkualiti. Misalnya bahagian karya pelajar kategori kartun AJK akan menggunakan kaedah cut & paste untuk dialog kartun tersebut. Namun, sekiranya kartun itu dihantar seperti contoh diatas, dialog sudah ditulis dengan pen ia terpaksa dipadam dengan Liquid Paper kemudian di fotostat selepas itu barulah ditampal dialog yang sudah ditaip. Cara begitu adalah konvensional yang biasa dilakukan kebanyakan orang sebagai jalan mudah. Kita perlu ada inovasi baru untuk menghasilkan kaedah editing yang lebih kreatif menggunakan teknologi grafik komputer.

Cara saya adalah scan skrip kartun tersebut, dengan menggunakan program ACD See saya akan edit menggunakan fotocanvas. Tools seperti Eyedropper, Pencil, Line, Flood Fill dan Airbrush akan digunakan untuk mengubahsuai kecacatan atau contengan-contengan yang tidak perlu. Paparan kartun tersebut akan diperkemaskan agar sesuai untuk standard penerbitan. Setelah itu saya akan menggunakan program MS Publisher untuk memasukkan dialog asal dengan susunatur yang lebih kemas. Akhirnya, sebuah penerbitan karya kartun yang mengikut kualiti standard dihasilkan.

28 April 2009

Editing Warna Tembok Pagar Depan

Foto Imej Asal Realiti

Bagaimana hendak membayangkan secara visual atau gambar bila hendak mengecat sesebuah bangunan? Apakah cukup dengan mengatakan warna ini bagus, warna itu bagus tetapi apabila telah dicat tidaklah menarik seperti yang dikehendaki. Jsuteru itu, dengan menggunakan Adobe Photoshope tugasan memeilih warna yang sesuai boleh dilakukan dengan mudah.

Cadangan Warna 1

Cadangan Warna 2

Cadangan Warna 3


Cadangan Warna 4


Pertama sekali adalah mengambil warna cat yang sebenar mengikut jenama sama ada ICI, Season atau selainnya. Mengambil warna dengan scanning katalog warna cat sebenar, kemudian menerusi Windows Photoshop warna berkenaan diambil menggunakan tools "Pick Colour" seterusnya "Fill Colour" atau guna "Brush" untuk menyapu warna cat tersebut ke dinding foto bangunan yang hendak dicat kelak. Dengan teknik ini, gambaran sebenar bangunan yang telah dicat dengan menggunakan warna cat sebenar juga boleh diketahui.

Gambar-gambar yang ditunjukkan disini adalah contoh-contoh warna yang dicadangkan untuk satu tugasan mengecat semula tembok pagar yang telah lusuh warnanya serta pilihan warna sebelumnya yang tidak sesuai.

Cadangan warna yang dipilih

28 Julai 2008

Selamat Datang...!!


Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Akhirnya idea untuk menghasilkan sebuah blog yang akan memaparkan segala hasil usaha saya telah berhasil. Selama ini memang banyak kerja seni yang telah saya hasilkan, ada yang masih lagi wujud dan ada yang telah musnah dan hilang. Justeru itu, saya mengambil inisiatif membuat blog ini sebagai satu wadah perkongsian tentang hasil seni saya agar ia tidak hilang begitu saja.

Dengan harapan agar masyarakat setempat dan seantero dunia yang melayari internet dapat mengenali saya serta mempertemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan untuk menghubungi saya semula. Sebagaimana yang sahabat-sahabat saya mengenali saya, dunia seni ini sememangnya masih lagi menjadi hobi saya sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun bidang kerja saya bukan berkaitan dengan seni namun dunia hari telah menyaksikan bahawa seni adalah satu bidang yang berpotensi untuk diperkembang melalui internet.

Bekerjalah dengan penuh kesenian yang tersendiri, jangan bekerja semata-mata hendak makan gaji atau kerja cincai saja kerana pekerjaan kita adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial membantu masyarakat. Dengan Sign Board dan Banner saja misalnya boleh membantu ramai orang kerana ia adalah petunjuk yang memudahkan mereka mendapat maklumat yang memberitahu tentang sesuatu yang berguna.

Secara asasnya, tiada siapa pun yang mahu susah dalam melakukan pekerjaannya. Sesiapa yang merasakan kesusahan dalam bekerja sebenarnya bukan kerja itu yang susah tapi diri sendiri yang mahu bekerja dengan cara yang menyusahkan diri sendiri. Akhirnya merungut dan putus asa menyalahkan orang lain.

Kita perhatikan bagaimana bangsa Amerika dan Jepun menjadi maju, mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan mencipta sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan. Biar mereka bersusah payah berusaha dan berfikir asalkan mereka akhirnya dapat melaksanakan kerja mereka seterusnya dengan mudah menggunakan inovasi baru dan teknologi canggih. Adakah hari ini kita masih bekerja dengan menggunakan mesin taip yang sangat menyusahkan jika berlaku kesilapan ejaan. Itulah yang dinamakan skil bekerja dan kemahiran yang melahirkan idea untuk memudahkan kerja.

Saya akan himpunkan hasil-hasil kerja seni yang pernah dibuat. Ia juga sebenarnya turut membantu saya menilai hasil kerja saya untuk memperbaiki lagi kualiti hasil seni yang saya hasilkan pada masa akan datang.

Salam Perkenalan.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin