Lakaran di atas adalah lukisan tangan yang original kemudian garisannya ditonjolkan, seterusnya di imbas menggunakan scanner untuk editing. Lakaran dibuat terlebih dahulu untuk proses editing seterusnya.
Proses Menghasilkan Grafik
20/01/2011
Kalau gambar kat atas sekali dilukis menggunakan tangan sendiri, gambar yang ni adalah lakaran menggunakan CorelDraw. Jelas sekali kualiti lakaran dipertingkatkan, untuk membuat lakaran ni lukisan asal di imbas dan dengan membuka fail gambar imbasan ini maka dengan menggunakan tools untuk melakar garisan lukisan, trace saja garisan pada imbasan lukisan asal tersebut.
Nak buat lakaran bukan sekaligus sebaliknya lakar satu-satu secara berasingan misalnya topi satu objek, baju satu objek, gigi satu objek dan begitulah seterusnya. Kesemua objek lakaran gambar ini akan disusun, dicantum dan diubah saiznya mengikut kesesuaian. Peringkat seterusnya nanti adalah mengisi warna dan membuat kesan pada warna seperti ton warna, shadow dan latarbelakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan