Memaparkan catatan dengan label Produktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produktiviti. Papar semua catatan
05 Oktober 2011
Cover Majalah JERUNAI 2011
Tidak seperti tahun lepas yang agak kelam kabut sebab tak dimaklumkan awal-awal sehingga mengakibatkan hasil cover yang tak berapa nak cantik, tahun ni agak bersedia sikit-sikit mana tau last minit diarah buat cover walaupun pada awalnya dibagitau pelajar yang akan buat. Entah kenapa pelajar tak dapat buat, mungkin sebab pelajar sekarang kurang cerdik sehingga menyebabkan sana sini kedengaran masalah sosial dan disiplin yang mereka buat hal kat sekolah dan di luar sekolah. Ni la bahananya kesan dari tersalah didik oleh internet dan cerita-cerita dalam tv yang semakin hari semakin menjadi-jadi kandungan yang merosakkan akhlak generasi muda. Kita lupakan dulu masalah dunia ni. Tumpukan pada matlamat utama artikel ni.
Teratak Singgah SMK Dalat
Teratak Singgah...? Merupakan sebuah projek Usahawan Muda sekolah dalam bidang hospitality atau perkhidmatan penginapan dalam sekolah. Kenapa Teratak Singgah...? Di pekan Dalat perkhidmatan hotel atau rumah tumpangan sangat terhad dan yang ada pun mungkin lebih mahal dari harga yang ditawarkan diatas. Apa-apa pun aku tak nak lah mengulas panjang berkenaan projek ni sebab aku bukanlah pegawai yang bertanggungjawab dalam pemasaran atau pengiklanan. Apa yang nak aku ulas ialah papan tanda di atas.
Kejohanan Olahraga MSS Mukah
Penyertaan peringkat yang agak tinggi jugak dalam tahun ni untuk bahagian dalam buat cover buku program. Temanya kenalah ikut sebagai penganjur kena ada bercirikan tempatan dan semestinya ada ikon-ikon acara olahraga. Penganjurnya Daerah Dalat jadi latarbelakangnya perlu ada sesuatu yang melambangkan daerah. Jadi, aku ambiklah tempat menarik yang ada kat Dalat iaitu taman Poket yang terletak di tengah-tengah bulatan di tepi sungai batang oya. Taman yang menjadi tarikan kepada pelawat-pelawat yang berkunjung di pekan Dalat.
Kad Raya SMK Dalat 2011
Lama dah tak updated blog, nampaknya banyak jugak produktiviti baru yang aku hasilkan selama tak berapa nak aktif sangat nak jenguk dashboard blog ni. Bukan ape pun, tengah kumpul bahan dan sibuk dengan kerja dan produktiviti.
30 Mei 2011
Pengedar Emas GCP
Sebelum ini saya ada menyentuh tentang kemahiran, pengalaman dan bagaimana memanfaatkan alat sedia ada. Jika anda ada ketiga-tiga perkara ini anda boleh buat apa saja dalam bidang-bidang yang anda minati dengan memanfaatkannya. Dalam kes ini saya membicara tentang penghasilan rajah untuk pengiklanan. Gambar di atas merupakan flyer yang saya hasilkan untuk mengiklankan perniagaan emas yang saya usahakan. Perniagaan sebagai pengedar sah emas keluaran syarikat GCP. Sekiranya anda berminat memiliki emas-emas tersebut boleh hubungi saya untuk kawasan bahagian Mukah atau anda boleh hubungi pengedar-pengedar lain di kawasan anda jika mahukan urusan jualbeli secara 'by hand'.
Kad Hari Gawai 2011 AKS
Apabila anda diberi tugasan secara ad-hoc, apakah anda mampu melaksanakannya? Jika mampu, bagaimana pula anda melaksanakannya? Jika tidak mampu mungkin suatu hari kelak akan diberi satu tugasan segera yang memerlukan anda perlu melaksanakannya. Kemampuan ini memerlukan pengalaman dan kemahiran, selama 15 tahun bertugas saya seringkali menerima arahan secara ad-hoc. Apakah saya menolaknya atau merungut-rungut membuatnya dan gagal menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan?
09 Mei 2011
Blog Warga Emas 999
Art is my work, karya seni adalah kerja saya. Apabila anda minat dengan sesuatu perkara, maka anda tidak akan peduli dengan cabaran dan halangannya. Anda tetap juga hendak melakukan atau mendapatkan apa yang anda minati itu. Begitu juga saya, selama ini saya berminat dengan sesuatu yang baru yang memudahkan kerja dan kehidupan saya. Saya cuba untuk mempermudahkan apa yang susah dan apa yang dianggap mustahil oleh orang lain.
05 Februari 2011
SMK Dalat Dulu & Sekarang
Mungkin ramai bekas pelajar SMK Dalat tidak mengetahui sejarah perasmian sekolah yang pernah masuk newspaper zaman dulu-dulu, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang. Ilustrasi diatas adalah antara olahan gambar dan keratan suratkhabar yang dikorek dari khazanah silam sebelum ia reput dimakan anai-anai atau lusuh terkena hujan panas dan dihanyutkan banjir. Justeru langkah pemuliharaan dan pendokumentasian perlu dilakukan.
04 Februari 2011
Sistem Maklumat Data Stok
Sistem ini adalah atas inisiatif sendiri mula dibangunkan sejak 2009 untuk mempermudahkan pengurusan sumber maklumat untuk data stok. Di pasaran luar memang banyak perisian-perisian untuk tujuan ini tapi itu semua memerlukan kos yang bukan sedikit jumlah harganya belum lagi termasuk latihan. Memang diakui perisian di pasaran itu lengkap dan canggih tapi memandangkan keperluan hanya untuk mengumpul maklumat dalam satu sistem pengkalan data, maka memadailah perisian Microsoft Access digunakan dan dengan sedikit pengetahuan boleh membina sistem pengkalan data sendiri.
26 Julai 2009
Rezeki Ada di Mana-mana
4 Jenis Cili
Pada tahun ini rezeki sungguh melimpah ruah, dimana-mana sahaja pekebun sayur akan mendapat hasil tanaman yang baik dan segar jika dijaga dengan betul (tidak dimakan serangga atau belalang). Cuma apabila berlaku hujan beberapa hari dan cuaca sentiasa lembab menyebabkan beberapa pohon tanaman seperti cili membusuk akibat terlebih air. Semenjak bulan Februari lepas kami sekeluarga kurang membeli sayuran dari pasar hasil penanaman beberapa jenis sayuran di halaman rumah.Sawi Sudu
Bukan setakat sayuran, kaki pancing juga turut mendapat tangkapan yang lumayan. Inilah yang dinamakan rezeki, jika kita rajin mencari dan mengusahakannya dimana-mana saja kita boleh mendapatkannya, yang penting belajar untuk berdikari dan bersusah payah supaya tidak terlalu bergantung dengan orang lain bagi mengelak dari dimanipulasi.Foto 1
*Foto 1, 2 dan 3 sumbangan dari memberku Wahed Haris.
06 Jun 2009
Tanaman Tembikai & Labu
23 Mei 2009
Kempen Bumi Hijau
Jagung Manis

Pokok Betik
Biarpun kita bukanlah seorang pekebun atau petani yang menjadikan aktiviti pertanian ini sebagai sumber pendapatan namun sebagai pengguna kita sebenarnya boleh mengawal harga komoditi ini di pasaran. Jangan biarkan ia dimonopoli oleh golongan tertentu saja kerana jika permintaan banyak tapi penawaran kurang memang golongan peniaga akan memberi alasan ini untuk menetapkan harganya pada kadar yang tinggi.
Sayur Kacang Panjang

Sayur Daun Cekur Manis
Cili Merah
05 Mei 2009
Penghasilan Biodiesel di Makmal
Proses Penghasilan Biodiesel di Makmal Sains
Bahan dan Radas yang diperlukan

Proses asas penghasilan biodiesel boleh dibuat di dalam makmal, pelbagai rujukan boleh dijadikan panduan. Sebagai langkah percubaan, maka saya mencuba untuk menghasilkan bahan api biodiesel ini sebagai satu rujukan eksperimen.
Minyak masak dipanaskan untuk menyingkirkan semua sisa air yang tertinggal
Lebih dahulu, panaskan minyak masak terpakai bagi menyingkirkan kandungan air yang masih terdapat dalam minyak tersebut. Minyak panas dibiarkan menyejuk seketika dan tuangkan ke dalam bekas contohnya seperti botol nescafe dibawah ini.Minyak masak terpakai ini kelihatan gelap telah banyak kali digunakan
Untuk menguji tahap kandungan lemak perlu menggunakan penunjuk fenolftalein dan Natrium Hidroksida 1%. Dengan menggunakan picagari sukatan NaOH (Natrium Hidroksida) disukat berdasarkan perubahan yang berlaku kepada warna larutan penunjuk fenolftalein yang bertukar dari tidak berwarna kepada jingga. Dengan menggunakan sukatan beberapa mililiter NaOH 1% tadi maka pengiraan dapat dilakukan dengan formula khas yang akan menentukan berapa gram granul NaOH diperlukan untuk dibuat larutan dan dicampurkan dengan minyak masak tadi.Proses menentukan tahap lemak dalam minyak terpakai
Satu sukatan NaOH sudah ditentukan untuk menghasilkan larutan yang sesuai kemolarannya dengan tahap lemak minyak masak terpakai berkenaan. Larutan NaOH ini akan dicampurkan dengan methanol menghasilkan satu larutan kimia yang dikenali sebagai methoxide. Methoxide inilah yang akhirnya akan dilarutkan ke dalam minyak masak terpakai yang sudah menyejuk tadi. Goncangkan botol nescafe bagi memastikan campuran methoxide + minyak masak benar-benar terlarut untuk membolehkan tindakbalas penyingkiran lemak.Proses penyingkiran lemak melalui tindakbalas methoxide
Campuran larutan tadi dibiarkan sehari dan hasil dari tindakbalas menunjukkan kandungan lemak disingkirkan ke dasar botol. Sisa lemak ini dikenali sebagai glycerine, sisa ini juga ada manfaatnya iaitu boleh dijadikan sebagai sabun apabila ia dibiarkan beku. Dalam penghasilan sabun, NaOH diperlukan bagi mengikat ion-ion lemak dan proses ini berlaku dalam mengasingkan lemak minyak masak dengan bahan api biodiesel. Larutan disebelah atas merupakan bahan api biodiesel yang belum ditapis atau dibersihkan kerana masih terdapat sisa-sisa lemak yang belum tersingkir sepenuhnya.Perbezaan warna minyak masak terpakai sebelum dan selepas proses penyingkiran lemak
Bagi membersihkan bahan api biodiesel dari kandungan sisa lemak perlu melalui proses mengalirkan air. Sebelum itu biodiesel diasingkan dari glycerine dan biodiesel tersebut diletak dalam satu bekas misalnya bikar 1000ml. Masukkan air paip ke dalam bikar tersebut dan goncangkan campuran biodiesel + air tersebut beberapa minit. Kemudian biar seketika, didapati biodiesel yang lebih ringan dari lemak dan tidak larut dalam air akan berada pada lapisan atas. Untuk menyingkirkan air dan sisa lemak tersebut gunakan radas seperti yang ditunjukkan dibawah sehinggalah yang tertinggal hanya lapisan biodiesel. Bagi proses penyingkiran lemak yang lebih lengkap ulangi langkah pengaliran air beberapa kali.Proses penyingkiran sisa lemak daripada biodiesel
Selepas biodiesel diperolehi ia perlu ditapis sekali lagi menggunakan penuras, untuk di makmal kertas turas digunakan. Ini bertujuan untuk mengasingkan sisa-sisa pepejal yang mungkin timbul ke permukaan bersama biodiesel semasa proses pembersihan. Penapisan ini akan menghasilkan biodiesel yang lebih jernih berwarna kuning keemasan seperti gambar dibawah.Biodiesel tulen telah dihasilkan setelah beberapa proses penapisan
Bahan api biodiesel ini perlu diuji terlebih dahulu, ia tidak mengeluarkan jelaga dan baunya seperti minyak masak yang dipanaskan. Sememangnya bahan api biodiesel ini lebih mesra alam berbanding petrodiesel, ia akan memelihara kebersihan kebuk enjin semasa proses pembakaran dan memandangkan ia tak mengeluarkan hidrokarbon, pembakaran yang lengkap akan memastikan kecekapan enjin.Ujian nyalaan bahan api biodiesel

Sampel proses penapisan dan penghasilan biodiesel
22 Mac 2009
Urban Garden Style
Apa yang dimaksudkan Urban Garden Style ialah cara penanaman yang tidak menggunakan batas tanah di kawasan terbuka. Ia mungkin penanaman secara hidroponik, dalam polybag, menggunakan bekas terbuang seperti botol plastik 2.5 liter atau boleh dapatkan kotak kayu yang banyak di buang di market jual buah-buahan.
Kelebihan cara penanaman begini ialah boleh dibuat di mana-mana saja asalkan masih boleh mendapat pancaran cahaya matahari, tidak perlu kawalan rumput dan rumpai, tidak mudah diserang penyakit dan serangga. Hanya perlu menjaga kesuburan tanah dan penyiraman sahaja kerana masalah lain tidak timbul. Dengan itu, apabila melihat kesuburan hasil tanaman, maka kita pun seronok dan bersemangat kerana teori ilmu yang dipelajari melalui maklumat-maklumat yang diperolehi melalui internet, buku atau majalah kini membuahkan hasil yang memberangsangkan.
28 Julai 2008
Selamat Datang...!!
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Akhirnya idea untuk menghasilkan sebuah blog yang akan memaparkan segala hasil usaha saya telah berhasil. Selama ini memang banyak kerja seni yang telah saya hasilkan, ada yang masih lagi wujud dan ada yang telah musnah dan hilang. Justeru itu, saya mengambil inisiatif membuat blog ini sebagai satu wadah perkongsian tentang hasil seni saya agar ia tidak hilang begitu saja.
Dengan harapan agar masyarakat setempat dan seantero dunia yang melayari internet dapat mengenali saya serta mempertemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan untuk menghubungi saya semula. Sebagaimana yang sahabat-sahabat saya mengenali saya, dunia seni ini sememangnya masih lagi menjadi hobi saya sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun bidang kerja saya bukan berkaitan dengan seni namun dunia hari telah menyaksikan bahawa seni adalah satu bidang yang berpotensi untuk diperkembang melalui internet.
Bekerjalah dengan penuh kesenian yang tersendiri, jangan bekerja semata-mata hendak makan gaji atau kerja cincai saja kerana pekerjaan kita adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial membantu masyarakat. Dengan Sign Board dan Banner saja misalnya boleh membantu ramai orang kerana ia adalah petunjuk yang memudahkan mereka mendapat maklumat yang memberitahu tentang sesuatu yang berguna.
Secara asasnya, tiada siapa pun yang mahu susah dalam melakukan pekerjaannya. Sesiapa yang merasakan kesusahan dalam bekerja sebenarnya bukan kerja itu yang susah tapi diri sendiri yang mahu bekerja dengan cara yang menyusahkan diri sendiri. Akhirnya merungut dan putus asa menyalahkan orang lain.
Kita perhatikan bagaimana bangsa Amerika dan Jepun menjadi maju, mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan mencipta sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan. Biar mereka bersusah payah berusaha dan berfikir asalkan mereka akhirnya dapat melaksanakan kerja mereka seterusnya dengan mudah menggunakan inovasi baru dan teknologi canggih. Adakah hari ini kita masih bekerja dengan menggunakan mesin taip yang sangat menyusahkan jika berlaku kesilapan ejaan. Itulah yang dinamakan skil bekerja dan kemahiran yang melahirkan idea untuk memudahkan kerja.
Saya akan himpunkan hasil-hasil kerja seni yang pernah dibuat. Ia juga sebenarnya turut membantu saya menilai hasil kerja saya untuk memperbaiki lagi kualiti hasil seni yang saya hasilkan pada masa akan datang.
Salam Perkenalan.
Akhirnya idea untuk menghasilkan sebuah blog yang akan memaparkan segala hasil usaha saya telah berhasil. Selama ini memang banyak kerja seni yang telah saya hasilkan, ada yang masih lagi wujud dan ada yang telah musnah dan hilang. Justeru itu, saya mengambil inisiatif membuat blog ini sebagai satu wadah perkongsian tentang hasil seni saya agar ia tidak hilang begitu saja.
Dengan harapan agar masyarakat setempat dan seantero dunia yang melayari internet dapat mengenali saya serta mempertemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan untuk menghubungi saya semula. Sebagaimana yang sahabat-sahabat saya mengenali saya, dunia seni ini sememangnya masih lagi menjadi hobi saya sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun bidang kerja saya bukan berkaitan dengan seni namun dunia hari telah menyaksikan bahawa seni adalah satu bidang yang berpotensi untuk diperkembang melalui internet.
Bekerjalah dengan penuh kesenian yang tersendiri, jangan bekerja semata-mata hendak makan gaji atau kerja cincai saja kerana pekerjaan kita adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial membantu masyarakat. Dengan Sign Board dan Banner saja misalnya boleh membantu ramai orang kerana ia adalah petunjuk yang memudahkan mereka mendapat maklumat yang memberitahu tentang sesuatu yang berguna.
Secara asasnya, tiada siapa pun yang mahu susah dalam melakukan pekerjaannya. Sesiapa yang merasakan kesusahan dalam bekerja sebenarnya bukan kerja itu yang susah tapi diri sendiri yang mahu bekerja dengan cara yang menyusahkan diri sendiri. Akhirnya merungut dan putus asa menyalahkan orang lain.
Kita perhatikan bagaimana bangsa Amerika dan Jepun menjadi maju, mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan mencipta sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan. Biar mereka bersusah payah berusaha dan berfikir asalkan mereka akhirnya dapat melaksanakan kerja mereka seterusnya dengan mudah menggunakan inovasi baru dan teknologi canggih. Adakah hari ini kita masih bekerja dengan menggunakan mesin taip yang sangat menyusahkan jika berlaku kesilapan ejaan. Itulah yang dinamakan skil bekerja dan kemahiran yang melahirkan idea untuk memudahkan kerja.
Saya akan himpunkan hasil-hasil kerja seni yang pernah dibuat. Ia juga sebenarnya turut membantu saya menilai hasil kerja saya untuk memperbaiki lagi kualiti hasil seni yang saya hasilkan pada masa akan datang.
Salam Perkenalan.
Langgan:
Ulasan (Atom)









