30 Mei 2011
Pengedar Emas GCP
Sebelum ini saya ada menyentuh tentang kemahiran, pengalaman dan bagaimana memanfaatkan alat sedia ada. Jika anda ada ketiga-tiga perkara ini anda boleh buat apa saja dalam bidang-bidang yang anda minati dengan memanfaatkannya. Dalam kes ini saya membicara tentang penghasilan rajah untuk pengiklanan. Gambar di atas merupakan flyer yang saya hasilkan untuk mengiklankan perniagaan emas yang saya usahakan. Perniagaan sebagai pengedar sah emas keluaran syarikat GCP. Sekiranya anda berminat memiliki emas-emas tersebut boleh hubungi saya untuk kawasan bahagian Mukah atau anda boleh hubungi pengedar-pengedar lain di kawasan anda jika mahukan urusan jualbeli secara 'by hand'.
Saya tidak mahu memaksa atau memujuk rayu anda supaya membeli emas dengan mengemukakan pelbagai alasan kenapa anda perlu membeli emas. Tetapi saya mahu anda tahu apakah kelebihan emas dan bagaimana emas ini dapat membantu anda ketika berlakunya situasi kegawatan. Emas bukan semata-mata untuk perhiasan, ia juga sebagai penyimpan nilai. Maknanya apabila anda membeli emas anda membuat satu pelaburan masa depan kerana nilai emas tetap bertahan sementara nilai matawang semakin menurun akibat inflasi. Jika anda ingin mengetahui lanjut cerita pasal emas boleh kunjungi laman web www.reyannagold999.co.cc.
Jadi, untuk berjaya kita perlu tau bagaimana menangani masalah, mengatasi kesilapan dan memperbaiki sebarang kegagalan. Masalahnya bermula sejak mula-mula bertugas dahulu dengan menerima arahan yang tidak boleh dipersoal dan ditolak berikutan sikap majikan yang bersifat autokratik. Arahan untuk melakar lukisan dan memindahkannya ke medium seperti papan lapis dan papan lutsinar. Bagaimana saya hendak melukis dan bagaimana saya hendak memindahkannya. Beberapa kali kesilapan dilakukan dan ianya diperbaiki, beberapa kegagalan dihadapi dan kegagalan itu dicari punca kelemahannya. Akhirnya, kemahiran ini berkembang dan pengalaman semakin meluas.
Kini pengalaman itu boleh diperkembangkan lagi bukan hanya di tempat kerja tetapi juga untuk memanfaatkan diri bagi memajukan lagi masa depan dengan menceburi bidang-bidang yang boleh menghasilkan pulangan. Kini saya terlibat sebagai Pengedar Sah Emas keluaran GCP sebagai sumber pendapatan sampingan. Bukan sahaja sebagai peniaga, malah sebagai penyimpan dan pelabur emas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan