SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

31 Mei 2011

Signboard Kedai Dobi PUM SMKD

Sebelum Diwarnakan, lakaran dibuat terlebih dahulu
Bakat usahawan seharusnya dididik dari kanak-kanak lagi, kita tidak boleh menjadi usahawan secara bidan terjun kerana untuk menjadi usahawan pemikiran untuk mau berusaha dan minat dengan apa yang diusahakan itu perlu dipupuk dari kanak-kanak lagi. Tidak hairanlah kenapa kita melihat dalam masyarakat cina, anak-anak mereka turut dibawa ke premis perniagaan mereka bahkan apabila kanak-kanak dan remaja, mereka sudah tau mengurus di bahagian kaunter kira-kira perniagaan milik ibu bapa mereka.

Bagi bumiputera pula, pada zaman dahulu anak-anak mereka tidak segan silu menjual kuih atau nasi lemak dari rumah ke rumah di kampung. Sekarang jarang kita melihat kanak-kanak bumiputera sebegini. Walau apa pun, kita perlu menilai semula sistem didikan untuk menggalakkan pelajar menjalankan sesuatu perusahaan secara berkumpulan atau lebih tepatnya melalui koperasi di sekolah.

Saya pernah membaca sebuah artikel di sebuah negara eropah yang berlaku kegawatan ekonomi, sebuah sekolah menghadapi masalah kewangan kerana peruntukan dari kerajaan berkurangan. Justeru, ikhtiar pihak sekolah adalah mewujudkan perusahaan di sekolah seperti membina beberapa bilik sewa untuk pelawat, membina kafeteria, gerai, perkhidmatan seperti dobi. Sambutan yang diterima bukan semata-mata dari pelanggan dari kalangan tenaga pengajar tetapi juga ibu bapa dan orang luar. Keuntungan dari perniagaan itulah digunakan untuk memajukan sekolah dan membantu pelajar susah. Ada yang menjadi pekerja tetap dalam perusahaan tersebut dari kalangan lepasan pelajar sendiri.

Hasil Akhir Papan Tanda Kedai Dobi SMKD
Gambar-gambar diatas merupakan papan tanda yang saya hasilkan bagi menyokong usaha baik ini, kalau dibuat di luar rasanya koperasi akan menanggung kos yang agak banyak. Tetapi dengan saya "free of charge" tapi jangan lupa hujung tahun bahagikan keuntungan syer saham koperasi kepada saya. Bagi membuat papan tanda ini saya hanya mengambil masa 1 hari saja dari pagi turun kerja hinggalah ke petang balik kerja. Tidak sukar hendak membuatnya, hanya perlu sediakan saya 1 papan lutsinar, spray, komputer, printer, kertas dan alat-alat lain seperti pemotong pisau plastik keras.

Jika ada alat yang tepat semua kerja menjadi mudah, saya belajar dari pengalaman sebelum ini bilamana sebelum mengetahui adanya pemotong pisau plastik, saya masih menggunakan gergaji besi bermata halus untuk memotong papan plastik. Betapa sengsaranya memotong hampir hilang semangat dan minat hendak membuatnya. Begitulah kita, jika mampu menguasai sesuatu bidang, susah pada orang lain, mudah bagi kita. Kadang-kadang orang lain mengatakan susah kerana mereka tidak mau belajar atau enggan untuk belajar bagi mengelak disuruh dan diarah-arah membuat secara percuma tanpa gaji, tanpa imbuhan. Jangan kita melihat jangkamasa pendek, kita lihat potensi jangkamasa panjang kerana suatu hari kelak ilmu, kemahiran dan pengalaman sebegini ada gunanya untuk menghasilkan pulangan yang berbayar kepada diri kita.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin