Memaparkan catatan dengan label Alternatif Idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alternatif Idea. Papar semua catatan
10 Februari 2011
Tuntutan Bayaran Lebih Masa
Sudah jenuh tangan ini asyik menaip butiran yang sama saja dan mengira dengan kalkulator sampai 2-3 kali untuk menuntut bayaran lebih masa yang hanya cukup untuk bayar bil astro sebulan. Kan lebih baik ada sistem yang sekali isi atau klik je boleh taip dan kira semuanya. Tapi kalau difikir saja tak menjadi jugak, lebih baik bertindak dan buat.
06 Februari 2011
Lukisan Pelan
Kalau nak buat rumah atau ruang dalaman rumah perlu ada gambaran ilustrasi barulah nampak jelas, menjadi lebih mudah bagi tukang untuk membina sepertimana yang dikehendaki. Selain membuat ilustrasi grafik gabungan, kemahiran membuat pelan lukisan tangan juga antara karya yang diceburi. Jelaskan saja bagaimana rekabentuk konsep yang dikehendaki, maka lakarannya boleh dilukis tangan.
03 Februari 2010
Terapi Penyembuhan Demam Denggi
Klik imej dibawah untuk baca info dengan lebih jelas
Dah sebulan lebih orang rumah aku keluar hospital selepas kena tahan akibat demam denggi...kali ni aku nak kongsi pasal kesihatan pulak. Sebelum ni aku cuma tau pasal demam denggi ni secara umum je serta apa langkah-langkah pencegahannya. Apa yang aku tau bila demam denggi berdarah akan membawa maut sebab itulah gejala terakhir yang menunjukkan bahawa virus yang dibawa oleh nyamuk aedes tu dah menyerang habis sistem pertahanan dalaman tubuh badan. Bila dah terkena barulah menyibuk terkial-kial nak cari ubat demam denggi ni sampai guna khidmat bomoh, sebelum disahkan demam denggi. Katanya sebab "angin dari atas"
19 Januari 2010
2 in 1 Ripple Tank
Aku nak kongsi sikit pasal tangki riak...tapi jangan riak sangat nak tunjuk pandai, takut nanti amal tak berkat. huhu... Gambo kat atas tu adalah pemasangan untuk penggunaan tangki riak, pakai kertas putih kat bawah tu boleh, nak pakai skrin putih kat dinding pasang OHP pun boleh. Jadi, kalau nak buat tunjuk cara boleh guna dua-dua kaedah. Misalnya kalau pakai skrin putih kat depan tak berapa jelas, jadi tak perlu tunggu lama nak pasang baru. Off je OHP dan terus On lampu kat tangki riak tu.
14 Januari 2010
Invisible Rainy
Cerita bukan sebarang cerita, tapi cerita pasal keselamatan semasa memandu di jalan raya ketika hujan lebat. Aku pernah tumpang kereta orang, bila dipandu dalam hujan. Fuhh...berkabus, air hujan macam disimbah je kat depan cermin. Tak nampak jalan kat depan. Aku tertanya-tanya dalam hati, macamana la dia ni boleh bersabar memandu dalam keadaan macam tu. Kalau kereta tu ada radar macam boeing tak pa jugak. Ni terpinga-pinga nak tengok depan tak nampak sangat...blurr je. Silap hari bulan masuk parit.
09 Januari 2010
Top 10 MyIdeas
"Belia bermula dengan remaja di sekolah yang membentuk sahsiah mereka. Peranan dan penglibatan pelajar ini perlu dibentuk dengan bimbingan dan arahan pendidik. Aktiviti di sekolah bukan saja kokurikulum malah aktiviti seperti perhimpunan, majlis graduasi, sukan tahunan dan sebagainya perlu penglibatan pelajar secara maksimum untuk membentuk semangat komuniti dan bekerjasama dalam satu organisasi. Sekolah bukan tempat untuk lulus periksa saja. Sistem dimerit perlu diperkasakan bagi menghargai nilai murni."
24 Mac 2009
Convert Mentol 220V kepada 12V
Gambar di atas merupakan sebuah mikroskop cahaya elektrik yang menggunakan mentol 220volt 15watt sebagai sumber cahayanya yang disambung terus ke soket bekalan elektrik 220volt. Masalahnya, mentol asalnya sudah terbakar dan tiada stok untuk mentol saiz sederhana dengan voltan 220volt, yang banyak adalah mentol 12volt 24watt. Jadi, bagaimana jalan penyelesaiannya? Ada beberapa cadangan seperti berikut :- Membeli mentol tersebut dari pembekal.
- Melupus peralatan tersebut memandangkan sudah agak lama juga ia telah digunakan.
- Membuat beberapa pengubahsuaian bersandarkan pada sumber yang sedia ada.
Maka, kerja-kerja pengubahsuaian pun dilakukan supaya ia boleh digunakan terus setelah disiapkan kelak. Mentol yang akan digunakan adalah 24watt 12volt, bermakna sumber tenaga elektrik perlu melalui bekalan kuasa rendah atau 'low power pack' untuk mengurangkan voltan. Plug 3 pin pada mikroskop tersebut akan digantikan dengan 'banana clip' supaya boleh dimasukkan ke terminal AC pada 'low power pack'.Setelah siap pengubahsuaian dilakukan, maka percubaan perlu dilakukan untuk menguji sama ada berfungsi atau tidak. Mulakan dengan voltan rendah 4volt dahulu sebelum terus kepada 12volt. Maka, ujian berjaya dilakukan apabila mentol menyala dengan kecerahan yang terang untuk kuasa mentol 24watt berbanding lampu asal sebelum ini yang hanya berkuasa 15watt. Pasang kembali penutup dan mikroskop cahaya elektrik sekarang boleh digunakan tanpa perlu menunggu lama.
17 Januari 2009
Pengurusan Kreativiti
Setiap orang mempunyai kreativiti masing-masing dalam melaksanakan pekerjaannya, walaupun adakalanya kreativiti itu tidak begitu sesuai dan masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalahnya. Walau bagaimanapun, perkongsian idea amat penting untuk memperbaiki kelemahan kreativiti masing-masing.
Disini saya papar artikel mengenai pengurusan kreativiti iaitu apa dan bagaimana untuk memperkembangkan kreativiti kita. Apa yang dijelaskan itu telah pun saya praktikkan dan saya ingin berkongsi maklumat tersebut kepada semua rakan-rakan yang ingin menerapkan kreativiti yang lebih berkesan dalam bidang pekerjaan masing-masing.

28 Julai 2008
Selamat Datang...!!
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Akhirnya idea untuk menghasilkan sebuah blog yang akan memaparkan segala hasil usaha saya telah berhasil. Selama ini memang banyak kerja seni yang telah saya hasilkan, ada yang masih lagi wujud dan ada yang telah musnah dan hilang. Justeru itu, saya mengambil inisiatif membuat blog ini sebagai satu wadah perkongsian tentang hasil seni saya agar ia tidak hilang begitu saja.
Dengan harapan agar masyarakat setempat dan seantero dunia yang melayari internet dapat mengenali saya serta mempertemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan untuk menghubungi saya semula. Sebagaimana yang sahabat-sahabat saya mengenali saya, dunia seni ini sememangnya masih lagi menjadi hobi saya sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun bidang kerja saya bukan berkaitan dengan seni namun dunia hari telah menyaksikan bahawa seni adalah satu bidang yang berpotensi untuk diperkembang melalui internet.
Bekerjalah dengan penuh kesenian yang tersendiri, jangan bekerja semata-mata hendak makan gaji atau kerja cincai saja kerana pekerjaan kita adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial membantu masyarakat. Dengan Sign Board dan Banner saja misalnya boleh membantu ramai orang kerana ia adalah petunjuk yang memudahkan mereka mendapat maklumat yang memberitahu tentang sesuatu yang berguna.
Secara asasnya, tiada siapa pun yang mahu susah dalam melakukan pekerjaannya. Sesiapa yang merasakan kesusahan dalam bekerja sebenarnya bukan kerja itu yang susah tapi diri sendiri yang mahu bekerja dengan cara yang menyusahkan diri sendiri. Akhirnya merungut dan putus asa menyalahkan orang lain.
Kita perhatikan bagaimana bangsa Amerika dan Jepun menjadi maju, mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan mencipta sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan. Biar mereka bersusah payah berusaha dan berfikir asalkan mereka akhirnya dapat melaksanakan kerja mereka seterusnya dengan mudah menggunakan inovasi baru dan teknologi canggih. Adakah hari ini kita masih bekerja dengan menggunakan mesin taip yang sangat menyusahkan jika berlaku kesilapan ejaan. Itulah yang dinamakan skil bekerja dan kemahiran yang melahirkan idea untuk memudahkan kerja.
Saya akan himpunkan hasil-hasil kerja seni yang pernah dibuat. Ia juga sebenarnya turut membantu saya menilai hasil kerja saya untuk memperbaiki lagi kualiti hasil seni yang saya hasilkan pada masa akan datang.
Salam Perkenalan.

Langgan:
Catatan (Atom)