SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

03 Februari 2010

Terapi Penyembuhan Demam Denggi

Klik imej dibawah untuk baca info dengan lebih jelas

Dah sebulan lebih orang rumah aku keluar hospital selepas kena tahan akibat demam denggi...kali ni aku nak kongsi pasal kesihatan pulak. Sebelum ni aku cuma tau pasal demam denggi ni secara umum je serta apa langkah-langkah pencegahannya. Apa yang aku tau bila demam denggi berdarah akan membawa maut sebab itulah gejala terakhir yang menunjukkan bahawa virus yang dibawa oleh nyamuk aedes tu dah menyerang habis sistem pertahanan dalaman tubuh badan. Bila dah terkena barulah menyibuk terkial-kial nak cari ubat demam denggi ni sampai guna khidmat bomoh, sebelum disahkan demam denggi. Katanya sebab "angin dari atas"

Sebenarnya, aku sekeluarga tak le pengotor sangat sampai buang sampah kat luar tingkap dapur dan tak potong rumput sampai jadi semak kat keliling rumah Tapi bila nama kita berjiran dengan orang terpaksa juga menahan kesabaran dan karenah orang lain. Kes ni bukannya berlaku kat tempat tinggal aku tapi kat tempat lain sebab bermalam kat rumah lain, lebih-lebih lagi masa tu memang penyakit ni merebak berleluasa. Bukan setakat denggi je, termasuklah chikungunya memang top kat Malaysia sekarang ni lepas selesema babi sebelum tu. Kadang-kadang kalau kita pergi satu-satu tempat yang memang hotspot denggi, kita tak sedar 2-3 ekor nyamuk aedes sempat gigit dan tinggalkan virus denggi dalam darah kita. Itu le masalahnya. Jangan pulak fikir kalau kita kena denggi,  orang ingat kita ni pengotor rumah tak bersih menyemak banyak sampah tempat air bertakung.

Klik imej dibawah untuk baca info dengan lebih jelas 

Bila aku sendiri merasai pengalaman ni, baru lah sedar demam denggi ni bukan penyakit yang boleh buat main-main, silap hari bulan kita sendiri atau orang yang kita sayang boleh pergi selamanya akibat kejahilan kita pasal latarbelakang penyakit ni. Dalam tengah blurrr...tak tau nak buat apa lagi, cuma berharap pihak hospital je boleh buat sesuatu yang terbaik untuk selamatkan nyawa. Tapi bila keadaan makin teruk dengan bintik-bintik merah keluar kat kulit kaki, tangan dan sikit-sikit pada badan aku jadi panik. Nurse cakap kalau nak sembuh lambat lagi, sampai sebulan kena tahan. Tapi kalau keadaan makin teruk kena hantar gi hospital besar yang lengkap dengan peralatan dan perubatan. Bukannya sikit belanja kalau kena hantar outstation. Jadi, aku tak leh harap 100% kat pihak hospital, bukan tak caya ngan diaorang cuma nak guna kaedah alternatif lain dari yang lain yang belum pernah orang tempatan buat.


Jadi, satu malam aku balik rumah, fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir....aku ambik laptop kemudian guna Google Search taip keyword "Petua Demam Denggi" maka terkeluarlah info seperti gambar kat atas. Cerita pasal pengalaman mereka yang dah kena denggi dan cuba petua-petua yang di syorkan. Bila mereka cuba dan ianya memberi hasil maka aku pun cuba le. Masa tengah kritikal ni tak fikir panjang sangat lagi dah ,sama ada boleh caya ke tak. Lagi pun apa yang disyorkan tu cuma pengambilan pemakanan tak ada bahayanye pun. Tanpa membuang masa aku terus jalankan misi menyelamat selepas 3 hari orang yang aku sayangi berada di hospital. Aku bagi semangat kat dia, dan dia sendiri pun memang nak sangat cepat sembuh, jadi takde la masalah sangat nak buat terapi, bagi minum 100plus sampai 2 botol sehari dan minum jus tembikai.


Memang menakjubkan 3 hari lepas tu boleh keluar hospital sebab platelet darah makin meningkat berbanding sebelumnya. Masuk hospital hari ahad malam isnin kemudian dapat keluar hari sabtu minggu tu juga, cuma 6 hari je. Kalau ikut dari tarikh jatuh sakit kena demam denggi yang menyerang mengejut dan mendadak adalah 11 hari. Disebabkan lewat 4 hari selepas jatuh sakit tu le yang menyebabkan bintik-bintik merah dah keluar, tu dah tahap kritikal kalau nasib baik boleh selamat, kalau tak bernasib baik boleh bawa maut. Bayangkanlah situasi ni kalau berlaku pada diri korang semua. Kalau penyakit yang kita cari sendiri tak le kisah sangat tapi ni malang tak berbau, penyakit datang tanpa diduga sebagai satu dugaan untuk menguji keimanan dan kebijaksanaan. Alhamdulillah, dengan petunjuk yang diberinya aku dapat cari jalan yang betul dan hasilnya menakjubkan. Syukurrr....alhamdulillah.

Lepas keluar dari hospital tu le kami cuba pulak makan sup ketam, pegaga, daun muda pokok betik, yang dua terakhir tu payah lah sikit tapi sebab ada alternatif lain takpe boleh abaikan. Sampai hari ni masih lagi amalkan pemakanan sihat ni untuk pastikan antibodi tubuh badan kuat dan badan sentiasa cergas dan stabil supaya dapat bertahan dengan apa jua keadaan. Kesimpulannya, kesihatan bermula dari rumah sebab kat rumah ada laptop nak buka internet cari info kesihatan. Akhir kata, selamat mencuba petua ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin