2-3 hari lepas vacum yang aku beli 10 tahun lepas dah pun sampai ajalnya selepas digunakan secara lasak, bukan saja nak vacum carpet tapi jugak untuk bersih dalam kereta, kalau malas nak sapu lantai pakai penyapu vacum ni le yang digasak. Memang padan pun rosak, lagipun bag duster untuk model ni dah pupus susah nak cari lagi. Sebelum mengesahkan kematian vacum ni aku cek dulu fius plug nya, pastu aku bukak cover tempat letak pam vacum cuba direct power pulak.
Dah sah mampus, memang problem dia kat pendawaian dalaman pam tu mungkin sebab diguna secara lasak dengan kepanasan melampau semasa nak sedut benda-benda berat selain habuk. Nak buang sayang pulak sebab yang rosak pam vacum nya saja, yang lain-lain masih boleh pakai asalkan tau apa nak guna. Jadi, bila difikirkan apa nak buat aku terbayangkan wayar penyambung yang bergerak pastu ada box tempat letak aksesori elektrik.
Maka, terciptalah Automobile Rolling Plug & Play, kalau wayar sesuatu alat elektrik tu tak panjang maka Auto Rolling ni le yang akan menyambungkannya dengan plug kat dinding dan digerak pakai roda. Yang istimewanya alat ni kita tarik keluar wayar, pastu kalau nak simpan balik tak perlu pusing-pusing pakai tangan. Tekan je butang dia masuk sendiri. Tempat beg habuk nya pulak aku jadikan box tempat letak perkakas elektrik kecik macam skru driver, connector, skru dan sebagainya mana yang patut nak simpan. Soket tempat pasang plug alat elektrik aku letak kat belakang, ikut gambar kat atas tu masih satu lagi tapi boleh pasang jadi dua. Pasal lebihan beban elektrik takda hal punya sebab wayar asalnya cukup untuk tampung bebanan sehingga 1000watt.