SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

14 Januari 2010

Invisible Rainy

Cerita bukan sebarang cerita, tapi cerita pasal keselamatan semasa memandu di jalan raya ketika hujan lebat. Aku pernah tumpang kereta orang, bila dipandu dalam hujan. Fuhh...berkabus, air hujan macam disimbah je kat depan cermin. Tak nampak jalan kat depan. Aku tertanya-tanya dalam hati, macamana la dia ni boleh bersabar memandu dalam keadaan macam tu. Kalau kereta tu ada radar macam boeing tak pa jugak. Ni terpinga-pinga nak tengok depan tak nampak sangat...blurr je. Silap hari bulan masuk parit.

Jadi, kat sini sesapa yang belum tau tu aku cadangkan korang pakai sejenis larutan yang kita kena gosok dan lap kat cermin depan kereta. Kalau sebelum ni bila hujan, air hujan tu pecah berserak dan macam melekat kena minyak depan cermin tu, yang mengganggu kejelasan penglihatan kita. Bila lepas guna bahan tu ketulan hujan yang jatuh depan cermin takkan pecah sebaliknya akan terkumpul balik lalu jadi ketulan balik dan akan berlari-lari ke atas ditiup angin. Jadi, air hujan tu tak le macam kena simbah.

Kebaikannya, kalau hujan lebat mana sekalipun takda masalah. Tak pakai wiper pun tak pa. Makin laju kita pandu makin laju le ketulan hujan tu berlari-lari depan cermin. Tapi jangan le pandu laju, jalan licin. Kalau lambat sangat pun ketulan hujan tu pun lambat berlari, kena pakai wiper jugak. Namun, cermin kereta kita tu tetap clear takda masalah nak tengok depan berbanding sekadar berserah kepada takdir. Kalau tak caya...cubalah sendiri, tanya kat kedai aksesori kereta atau ada jugak dijual kat pasaraya. Selamat mencuba.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin