SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

09 Januari 2010

Top 10 MyIdeas


Youth - the X, Y & Z Generation If you have innovative ideas for the youth, please post it to us.

"Belia bermula dengan remaja di sekolah yang membentuk sahsiah mereka. Peranan dan penglibatan pelajar ini perlu dibentuk dengan bimbingan dan arahan pendidik. Aktiviti di sekolah bukan saja kokurikulum malah aktiviti seperti perhimpunan, majlis graduasi, sukan tahunan dan sebagainya perlu penglibatan pelajar secara maksimum untuk membentuk semangat komuniti dan bekerjasama dalam satu organisasi. Sekolah bukan tempat untuk lulus periksa saja. Sistem dimerit perlu diperkasakan bagi menghargai nilai murni."

Itu le antara idea yang aku nak kongsikan kepada semua melalui portal MyIdeas demi kebaikan belia seterusnya memberi impak pula kepada masyarakat keseluruhan. Disebabkan ruangan idea tu terhad tak boleh tulis panjang-panjang jadi aku padatkan isi-isi penting je untuk dinilai oleh admin. Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah fungsi sekolah sebagai tempat untuk membentuk belia, bermula dari kanak-kanak darjah satu, kemudian masuk sekolah menengah jadi remaja kalau mereka ni tak dididik dengan betul memang payah jadi guru ni. Sebab semua aktiviti yang bukan melibatkan tugas hakiki kat sekolah, guru dan staf yang kena buat macam kena buli pelajar pulak. Patutnya pelajar yang buat dan terlibat sama menolong bersama-sama, kita sebagai orang dewasa yang jadi guru dan staf sokongan sekolah sekadar jadi fasilitator iaitu memberi tunjuk ajar dan sokongan apa yang boleh pelajar tu buat. Bukan menyuap mereka dan buat untuk mereka.

Walaubagaimanapun, realitinya tidaklah seperti apa yang diperkatakan. Cakap memang mudah, tapi kalau kita dah terbiasa dengan budaya lama yang dah mendarah daging dalam sistem pendidikan dan pentadbiran di sekolah amat payah nak berubah. Boleh berubah, tapi sikit-sikit buat dan ambik masa lama beberapa tahun dan kena maintain. Perlu ada komitmen semua kakitangan dalam sekolah tu jugak untuk bekerja sama mencapai visi dan misi. Jangan pulak bila tukar guru besar atau pengetua, usaha nak perbaiki tu terhenti dan sekerat jalan, buat pulak dasar baru yang berubah langsung hingga sistem pun jadi tunggang langgang dibuatnya.

Lagi satu, kat sekolah ni penilaian dibuat semata-mata berdasarkan keputusan peperiksaan sebabnya itu yang diguna bila dah keluar dari sekolah bahkan bila tamat universiti pun keputusan ijazah jugak yang ditengok. Mana ada tengok sangat pasal moral dan akhlak. Pasai tu la sekarang ni moral dan akhlak jadi masalah besar kepada masyarakat dan negara. Rasuah sana rasuah sini, rosak sana rosak sini, runtuh sana runtuh sini, macam-macam hal yang menyusahkan orang lain.

Sebab tu la aku bagi idea supaya sistem dimerit perlu diperkasakan supaya setiap kebaikan yang dibuat masa sekolah diberi markah untuk dinilai. Kalau seseorang pelajar tu didapati buang sampah merata-rata misalnya, terus catat markah negatif. Walaupun tamat sekolah lulus cemerlang semua subjek malangnya markah dimeritnya pada tahap kritikal maka peluang nak dapat kerja di pasaran agak payah. Majikan mana yang sanggup ambik risiko ambik pekerja yang bermoral rendah, tidak pandai berbudi bahasa, nak senyum pun payah walaupun lulus cemerlang. Kalau ada yang macam tu kena pergi kursus dulu untuk pulihkan nilai-nilai murni diri dan dapatkan markah terbaik untuk nilai-nilai tersebut.


Rasanya, apa yang MOSTI nak buat dengan idea ni...? Diajukan pada KPM...? Disampaikan pada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri...? Dibawa untuk perbincangan lanjut dikalangan cendekiawan...? Banyak kemungkinannya. Hanya dengan satu idea, bila sampai kepada pihak atasan tanpa orang tengah atau pihak ketiga kemungkinan idea itu untuk diperkembangkan adalah besar.

Jangan bimbang, idea ni bukan nak tambah beban mana-mana pihak yang memang dah banyak terbeban dengan pelbagai tanggungjawab yang tak sepatutnya. Idea ni nak ringankan beban supaya bila ada majlis-majlis atau aktiviti-aktiviti tertentu di sekolah, ia boleh dibuat dengan bantuan pelajar. Pelajar akan belajar untuk bekerja sama dan berbakti secara sukarela sebab ia juga akan dinilai dan jadi penanda aras keperibadian bila mereka tamat sekolah kelak untuk jadi rujukan bakal majikan mereka kelak. Ini sebenarnya untuk memaksa belia bukan saja perlu lulus cemerlang dapat ijazah atau cemerlang dalam kokurikulum, tapi juga perlu lulus cemerlang dengan nilai murni pada diri yang baik.

Kepada rakan-rakan pembaca yang ada idea tu boleh juga salurkan di portal MyIdeas kena sign up dulu. Adakalanya idea kita boleh buat sendiri, adakalanya idea kita boleh dikongsi kat tempat kerja untuk dibuat bersama dalam satu organisasi, dan adakalanya idea kita boleh diajukan ke peringkat nasional dan global dengan harapan supaya mereka yang berkuasa dan berpengaruh boleh melaksanakan idea itu. Tengok je Tun Mahathir, dia ada banyak idea dia buat, bahkan beliau berkongsi idea dengan pemimpin-pemimpin lain di dunia untuk sama-sama berbuat. Kalau orang lain tak buat takpe, asalkan idea sendiri mana yang mampu dibuat sendiri itu terlaksana. Kita tak rugi apa-apa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin