SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

10 Februari 2011

Tuntutan Bayaran Lebih Masa


Sudah jenuh tangan ini asyik menaip butiran yang sama saja dan mengira dengan kalkulator sampai 2-3 kali untuk menuntut bayaran lebih masa yang hanya cukup untuk bayar bil astro sebulan. Kan lebih baik ada sistem yang sekali isi atau klik je boleh taip dan kira semuanya. Tapi kalau difikir saja tak menjadi jugak, lebih baik bertindak dan buat.

Jadi, berdasarkan pengetahuan sedia ada menggunakan vlookup xlsx sistem ini boleh dibuat. Cuma susunatur dan lengkapkan maklumat dalam pangkalan data kemudian buat formula pada petak-petak berkenaan. Kalau nak cantik lagi bagi warna pada petak-petak di Menu Utama supaya bersemangat nak isi tuntutan walaupun mungkin hanya RM10 saja. hehehehe.....


Berdasarkan kedua-dua gambar di atas, bila dipilih maklumat nama pada ruang dropdown warna putih maka semua maklumat berkaitan akan muncul. Maklumat-maklumat inilah yang akan terisi secara automatik dalam borang tuntutan di mukasurat 1, 2 dan 3. Tak perlu lagi isi satu persatu yang kadang-kadang terlupa nak ubah bulan untuk muka surat 1 atau 2 tapi sudah dicetak dan terpaksa cetak baru lagi, kan dah membazir wang sendiri sebagai rakyat yang menyumbang wang rakyat.

Kemudian bab kiraan ni la paling leceh, kalau pakai kalkulator banyak sangat urutan dia dan kadang-kadang tak tepat. Untuk lebih tepat biar komputer sendiri yang kira, kita cuma isi nombor saja dan taip nombor dalam perkataan. Kan senang kerja camni... usaha ni sekadar nak cuba-cuba kemahiran mengira je. Bukan untuk tujuan memenangi anugerah inovasi peringkat Jabatan, lagipun jabatan takda menawarkan anugerah ni pun.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin