05 Februari 2011
SMK Dalat Dulu & Sekarang
Mungkin ramai bekas pelajar SMK Dalat tidak mengetahui sejarah perasmian sekolah yang pernah masuk newspaper zaman dulu-dulu, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang. Ilustrasi diatas adalah antara olahan gambar dan keratan suratkhabar yang dikorek dari khazanah silam sebelum ia reput dimakan anai-anai atau lusuh terkena hujan panas dan dihanyutkan banjir. Justeru langkah pemuliharaan dan pendokumentasian perlu dilakukan.
Pada asalnya usaha ini merupakan inisiatif peribadi kebetulan terjumpa khazanah lama dan ada beberapa gambar lama ini telah tersebar di internet tanpa ada tanda pengenalan asal usul atau copyright. Ilustrasi ini juga telah dimuatkan dalam majalah sekolah Jerunai 2010 untuk tatapan pelajar generasi baru. Bagi generasi-generasi lama pula saya dedikasikan ilustrasi ini ke dalam blog untuk tatapan semua, bagi mana-mana dikalangan mereka yang terserempak dengan blog ini atau kebetulan meng'google' sesuatu berkenaan SMK Dalat.
Bukan setakat sejarah perasmian saja, malah proses evolusi lencana juga turut berlaku bermula dari tahun 1978-1990 merupakan hasil lukisan tangan pelajar, 1991-2005 mula menggunakan versi cetakan, 2006-sekarang dengan adanya teknologi ICT dan software berkaitan setiap elemen dalam lencana diperhalusi, terutamanya pokok rumbia yang sebelum ini macam pokok pisang.
Untuk ilustrasi diatas pulak merupakan himpunan foto-foto keadaan fizikal SMK Dalat asal dan perubahan-perubahan fizikal sekarang. Mungkin bekas pelajar atau guru-guru yang pernah mengajar di SMK Dalat zaman dulu-dulu yang ada sekarang boleh bandingkan perbezaan SMK Dalat di zaman mereka dengan zaman sekarang. Ilustrasi ini sangat eksklusif dan terhad, perkongsiannya amat dialu-alukan dimana-mana forum seperti facebook atau mana-mana blog komuniti. Tapi jangan lupa copyright di sudut bawah sebelah kanan, sumber asal dimana ia bermula dan tersebar luas.
* Ada lagi ilustrasi lain, antaranya barisan pengetua SMK Dalat dari tahun 1978-Sekarang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan