30 Mei 2011
Kad Hari Gawai 2011 AKS
Apabila anda diberi tugasan secara ad-hoc, apakah anda mampu melaksanakannya? Jika mampu, bagaimana pula anda melaksanakannya? Jika tidak mampu mungkin suatu hari kelak akan diberi satu tugasan segera yang memerlukan anda perlu melaksanakannya. Kemampuan ini memerlukan pengalaman dan kemahiran, selama 15 tahun bertugas saya seringkali menerima arahan secara ad-hoc. Apakah saya menolaknya atau merungut-rungut membuatnya dan gagal menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan?
Jika anda diberi tempoh masa 2 jam untuk menyelesaikan tugasan membuat kad gawai seperti contoh disini, adakah anda dapat melaksanakannya? Ini bertitik tolak dari kemahiran sedia ada anda, alat atau bahan yang boleh anda akses serta pengalaman anda berhadapan dengan situasi kritikal yang memerlukan penyelesaian segera. Jika anda tiada kemahiran anda tidak tau nak buat apa atau mungkin anda mencari orang lain untuk membuat tugasan tersebut bagi pihak anda. Jika anda tidak ada alat atau bahan yang boleh diakses, anda akan cuba menggunakan apa saja yang ada sehingga hasilnya tidak seberapa atau asal siap. Jika anda tiada pengalaman, anda akan gugup, bimbang, tidak tentu hala dan risau memikirkan bagaimana nak menyiapkan tugasan tersebut.
Mungkin anda berharap agar tidak diberi tugasan yang susah-susah atau yang tak pernah anda buat. Jika anda diberi tugasan tersebut sekalipun, mungkin ada yang pandai mengampu bos dan mencadangkan siapa yang boleh menyelesaikan tugasan tersebut. Perbuatan seperti itu memang bijak tetapi anda tak akan pernah belajar, anda tak akan pernah menimba pengalaman dan anda tak akan ada kemahiran.
Berkemahiran, berpengalaman dan mampu bertindak cekap dalam satu-satu bidang akan mengajar anda mengambil langkah yang sama dalam bidang yang lain kerana anda belajar daripadanya. Anda belajar mengatasi kesilapan dan memperbaiki kegagalan. Beri saja tugasan yang mencabar anda akan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Berbeza dengan orang yang hanya tau memberi alasan dan merungut semata-mata, mereka sentiasa berada dalam tekanan dan stress dalam bekerja.
Untuk membuat kad gawai ini boleh dibuat dalam tempoh 1 jam setengah sahaja. Apa yang diperlukan adalah komputer, internet, akses kepada bahan seperti gambar dan latarbelakang yang boleh diubahsuai serta alatan-alatan seperti software untuk membuat grafik dan kad seperti CoralDraw, Adobe Photoshope, Photostudio, Publisher dan sebagainya. Kemahiran menggunakan software ini bukan semata-mata untuk kegunaan dalam bekerja di pejabat sahaja. Namun, kerana minat kepada bidang seni, apa sahaja boleh dilakukan untuk kepuasan peribadi dan boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan cabang perniagaan atau alat bantu untuk menyokong sektor perniagaan sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan