SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

05 Oktober 2011

Kad Raya SMK Dalat 2011



Lama dah tak updated blog, nampaknya banyak jugak produktiviti baru yang aku hasilkan selama tak berapa nak aktif sangat nak jenguk dashboard blog ni. Bukan ape pun, tengah kumpul bahan dan sibuk dengan kerja dan produktiviti.  

Tahun ni kad raya sekolah dah setting semua dah, cuma nak tambah atau ubah mana yang perlu diubahsuai. Latarbelakangnya tetap sama seperti yang aku dah buat awal-awal bulan Januari 2011 lepas. Al-maklumlah, benda ni memang akan tolak kat aku pun. Jadi, bila diperlukan tak lah terkial-kial dan pening kepala kalau masa tu kebetulan banyak juga kerja lain nak buat. Jadi, lambakan kerja dapat dikurangkan. Justeru itu, setelah ubahsuai sikit maka terhasillah muka depan kad raya sekolah 2011 untuk kakitangan sokongan kepada guru-guru di sekolah. Sebelah dalamnya plak ada le ayat-ayat tangkap lentuk dan wajah-wajah staf sokongan dengan namanya sekali, tapi rasanya tak payah lah nak tunjuk kat sini. Kalau nak tunjuk dengan nama sekali kena minta izin dulu dari empunya wajah. Sekadar nak jaga-jaga je, mana tau kan zaman sekarang ni macam-macam hal boleh jadi.


Kat atas ni plak versi untuk edaran ke jabatan-jabatan lain, muka depannya kenalah melambangkan sekolah. Tak banyak yang kena ubah, cuma cerahkan warna, keluarkan gambar staf. Sebelah dalamnya plak disebabkan tahun ni bertembung dengan Hari Merdeka maka kena lah ada ucapan sambutan hari merdeka sebagaimana yang tertera dibawah ni. Kat belakangnya plak ade la gambar  staf guru dan sokongan sekolah bagi mewakili kad ini adalah dari semua staf SMK Dalat.


Macamana nak buat ni? Sebelum ni aku dah jelaskan bahawa perlu belajar photoshop dulu baru boleh edit gambar sesuka hati kita. Jangan plak pakai photoshop zaman batu punya, kena la pakai yang terkini macam versi CS5 singkatan kepada Creative Suit 5. Jangan ingat mereka yang belajar U je boleh pandai pakai program-program grafik camni, kita semua manusia sama saja ada akal jadi gunalah akal itu sebaiknya untuk berfikir macamana nak gunakan benda-benda ni. Inilah cabaran hidup namanya, tak semestinya keluar duit kalau nak belajar sesuatu. Memang betul jalan pintas nak belajar cepat kena pakai duit. Tapi macamana plak kalau orang miskin macam aku ni, takkan nak jadi bodo seumur hidup diperalat dan diperbodokan oleh orang yang banyak duit (walaupun terpaksa berutang) dapat belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap? Hehehehe.... fikir-fikirkanlah.... we will survive if we will be human being.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin