Jagung Manis
Pokok Betik
Berbakti kepada bumi memang banyak faedahnya, bukan saja mengeluarkan hasil tanaman yang boleh dimakan sendiri tetapi juga boleh dijual jika ada lebihan. Gambar-gambar foto yang ditunjukkan disini adalah antara tanaman yang diusahakan saya sekeluarga dan telah atau bakal mendatangkan hasil. Sebelum ini, kami telah mengusahakan tanaman sayuran sawi dalam polybag.Biarpun kita bukanlah seorang pekebun atau petani yang menjadikan aktiviti pertanian ini sebagai sumber pendapatan namun sebagai pengguna kita sebenarnya boleh mengawal harga komoditi ini di pasaran. Jangan biarkan ia dimonopoli oleh golongan tertentu saja kerana jika permintaan banyak tapi penawaran kurang memang golongan peniaga akan memberi alasan ini untuk menetapkan harganya pada kadar yang tinggi.
Sayur Kacang Panjang
Sayur Daun Cekur Manis
Cili Merah
Usaha penanaman sayur-sayuran di rumah adalah sebagai satu langkah untuk menjimatkan perbelanjaan serta menggalakkan produktiviti bukan saja dikalangan isi rumah tetapi juga para petani kecil mahupun petani besar supaya memperluaskan lagi pasaran mereka tidak terhad kepada permintaan setiap isi rumah di seluruh negara. Penanaman sendiri merupakan satu kepuasan kepada diri sendiri kerana sekiranya hendak memasak tidak perlu ke pasar sebaliknya hanya petik di kebun mini belakang rumah dan boleh didapati setiap hari sekiranya tempoh penanaman dibuat secara berperingkat-peringkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan