SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

02 Mei 2009

Editing Kartun Majalah

 Dalam proses menghasilkan kartun yang baik perlulah mengambil kira kesemua aspek, bukan sekadar tema, tauldan dan lukisan kartun itu sendiri malahan dari segi susun atur dan ayat dialognya. Bagi sebuah majalah sekolah, sungguhpun keaslian karya itu diambilkira jangan pula mengabaikan kualiti penghasilannya. Keasliannya merupakan hasil karya pelajar sendiri namun untuk menerbitkannya dengan kualiti terbaik perlulah diubahsuai selagi tidak menjejaskan keasliannya.

Apa yang dimaksudkan disini ialah jangan terus scan dan cetak ke dalam majalah sepertimana skrip asal yang diberikan seperti gambarajah di atas. Setiap AJK majalah sekolah ada cara tersendiri untuk memastikan penerbitan yang kemas dan berkualiti. Misalnya bahagian karya pelajar kategori kartun AJK akan menggunakan kaedah cut & paste untuk dialog kartun tersebut. Namun, sekiranya kartun itu dihantar seperti contoh diatas, dialog sudah ditulis dengan pen ia terpaksa dipadam dengan Liquid Paper kemudian di fotostat selepas itu barulah ditampal dialog yang sudah ditaip. Cara begitu adalah konvensional yang biasa dilakukan kebanyakan orang sebagai jalan mudah. Kita perlu ada inovasi baru untuk menghasilkan kaedah editing yang lebih kreatif menggunakan teknologi grafik komputer.

Cara saya adalah scan skrip kartun tersebut, dengan menggunakan program ACD See saya akan edit menggunakan fotocanvas. Tools seperti Eyedropper, Pencil, Line, Flood Fill dan Airbrush akan digunakan untuk mengubahsuai kecacatan atau contengan-contengan yang tidak perlu. Paparan kartun tersebut akan diperkemaskan agar sesuai untuk standard penerbitan. Setelah itu saya akan menggunakan program MS Publisher untuk memasukkan dialog asal dengan susunatur yang lebih kemas. Akhirnya, sebuah penerbitan karya kartun yang mengikut kualiti standard dihasilkan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin