SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

28 November 2010

Editing Foto Kamera DSC

Apabila melihat gambar-gambar orang lain yang pakai kamera DSLR, nampak menarik je. Tapi bila sendiri ambik gambar pakai kamera digital biasa pulak tu...nampak hodoh je walaupun sudut gambar tu diambik dah nampak cun. Hodoh yang dimaksudkan ialah kabur, warna malap, tumpuan gambar kurang menonjol. Jadi, bagaimana nak jadikan gambar yang hodoh tu nampak lebih menarik dan menonjol?

Pertingkatkan kemahiran teknikal penggunaan kamera digital biasa atau DSC ditambah pulak dengan kemahiran mengedit gambar yang telah diambil. Hasilnya seperti gambar foto kat bawah ni sebelum di edit dan selepas di edit.

Sebelum di Edit

Selepas di edit

Untuk buat editing ni, saya guna Adobe Photoshop CS3 je. Kadang-kadang pun objek yang original kita lihat dengan mata sendiri nampak cantik dan menarik, tapi bila di ambik gambar tidaklah seperti yang kita lihat kerana adakalanya teknologi ni taklah perfect sangat. Jadi, kenalah kita sendiri mengeditnya agar hampir kepada gambaran yang sebenar seperti realiti.

 Sebelum di edit

Selepas di edit

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin