SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK, TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

10 Februari 2011

Tuntutan Bayaran Lebih Masa


Sudah jenuh tangan ini asyik menaip butiran yang sama saja dan mengira dengan kalkulator sampai 2-3 kali untuk menuntut bayaran lebih masa yang hanya cukup untuk bayar bil astro sebulan. Kan lebih baik ada sistem yang sekali isi atau klik je boleh taip dan kira semuanya. Tapi kalau difikir saja tak menjadi jugak, lebih baik bertindak dan buat.

06 Februari 2011

Lukisan Pelan


Kalau nak buat rumah atau ruang dalaman rumah perlu ada gambaran ilustrasi barulah nampak jelas, menjadi lebih mudah bagi tukang untuk membina sepertimana yang dikehendaki. Selain membuat ilustrasi grafik gabungan, kemahiran membuat pelan lukisan tangan juga antara karya yang diceburi. Jelaskan saja bagaimana rekabentuk konsep yang dikehendaki, maka lakarannya boleh dilukis tangan.

05 Februari 2011

SMK Dalat Dulu & Sekarang


Mungkin ramai bekas pelajar SMK Dalat tidak mengetahui sejarah perasmian sekolah yang pernah masuk newspaper zaman dulu-dulu, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang. Ilustrasi diatas adalah antara olahan gambar dan keratan suratkhabar yang dikorek dari khazanah silam sebelum ia reput dimakan anai-anai atau lusuh terkena hujan panas dan dihanyutkan banjir. Justeru langkah pemuliharaan dan pendokumentasian perlu dilakukan.

04 Februari 2011

Sistem Maklumat Data Stok


Sistem ini adalah atas inisiatif sendiri mula dibangunkan sejak 2009 untuk mempermudahkan pengurusan sumber maklumat untuk data stok. Di pasaran luar memang banyak perisian-perisian untuk tujuan ini tapi itu semua memerlukan kos yang bukan sedikit jumlah harganya belum lagi termasuk latihan. Memang diakui perisian di pasaran itu lengkap dan canggih tapi memandangkan keperluan hanya untuk mengumpul maklumat dalam satu sistem pengkalan data, maka memadailah perisian Microsoft Access digunakan dan dengan sedikit pengetahuan boleh membina sistem pengkalan data sendiri.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin